Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
151 Individu Terima Pingat Bersempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Ke-80
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat pada Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan bagi penerima-penerima Daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Sultan Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 151 penerima dalam istiadat bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ke-80.
Pada istiadat itu, seorang individu dikurniakan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S), seramai 21 individu dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) manakala 26 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.).
Selain itu, sejumlah 87 individu dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), manakala 16 menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.).
Istiadat hari kedua itu berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, dan penerima pada hari ini ialah dari daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.
Turut hadir Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Mohamad Onn Abd Aziz, Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor Datuk Rizam Ismail dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari.