kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Sultan Ibrahim Berangkat Ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberi tabik hormat pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 di Istana Negara, di sini.
Turut berangkat ke istiadat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perdana Menteri dan isteri kemudian mengiringi Seri Paduka Baginda berdua ke Peterana Diraja di Dataran Istana Negara bagi menerima Hormat Diraja daripada Kawalan Kehormatan Utama, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Kawalan Kehormatan Utama itu terdiri daripada sembilan pegawai dan 180 anggota lain-lain pangkat diketuai Kapten Nor Saifullah Mahmad@ Mohammed.
Serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat RAMD dan Panji Peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan, diikuti tembakan meriam 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).
Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sebelum sekali lagi menerima Hormat Diraja bagi menandakan tamatnya istiadat di dataran itu.
Seri Paduka Baginda berdua seterusnya diiringi Perdana Menteri dan isteri ke Balairung Seri bagi menyempurnakan istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 kepada 161 individu penerima.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta perwakilan asing.
Loading…
www.bernama.com