BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Nazrin Berkenan Berangkat Ke MAHA 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Sultan Nazrin Berkenan Berangkat Ke MAHA 2026​

783de9f5e4e202868cdc04dc6de6f21d6a97b9fb8d291

5794fcecc8cc15ee4ca251a0df3306a26a97baba3e3b0

1b26890a50825e2ae50f256f25ac8c086a97bad94e1f3

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (tengah) dan Raja Kecil Besar Raja Azlan Muzzaffar Shah berkenan berangkat melawat Pavilion Perak sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2026 (MAHA 2026) hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat melawat Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta Raja Kecil Besar Raja Azlan Muzzaffar Shah.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin pada 10.45 pagi disambut Menteri besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak.

Sultan Nazrin, Tuanku Zara dan Raja Azlan berkenan melawat beberapa reruai di Pavilion Perak yang mempamerkan pelbagai produk dari negeri itu dan beramah mesra dengan beberapa pempamer serta usahawan, selain melawat Laman Padi dan Laman Herba.

MAHA edisi ke-101 itu berlangsung 10 hari bermula 28 Ogos hingga 6 Sept.

Acara dwitahunan itu merupakan platform utama sektor pertanian negara yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, usahawan serta institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi mengetengahkan inovasi, teknologi dan peluang perniagaan dalam sektor agromakanan.

 
Back
Top
Log in Register