BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Nazrin Berangkat Ke Program Run For Tigers: The Long Run

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Sultan Nazrin Berangkat Ke Program Run For Tigers: The Long Run​

b4b24b2f5e0e832b45de7b70662873116a6eab1a4edd3

a21c2a394dd41585fcbbb26b265787696a6eab2b325bd

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan melepaskan para peserta "Run For Tigers: The Long Run" di Taman Wetland hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke program Run For Tigers: The Long Run bersempena dengan sambutan Hari Harimau Sedunia 2026, di Padang Semarak, Taman Wetland di sini.

Berangkat sama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada 7 pagi disambut Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, Pengerusi Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Pengerusi Maybank Zamzamzairani Mohd Isa.

Baginda yang juga penaung WWF Malaysia berkenan melepaskan peserta bagi acara larian 10 kilometer (km) dan 5 km sebelum berjalan santai serta melawat reruai konservasi dan kawasan aktiviti di padang berkenaan.

Lebih 4,000 peserta termasuk Raja Kecil Besar Perak Raja Azlan Muzaffar Shah serta peserta luar negara mengambil bahagian dalam program berkenaan, menjadikannya antara sambutan Hari Harimau Sedunia terbesar di negara ini.

Program larian merupakan acara utama bersempena dengan Hari Harimau Sedunia dianjurkan WWF-Malaysia dan Maybank, sekali gus meraikan sedekad kerjasama dalam melindungi satu daripada spesies paling ikonik negara yang kini berada pada tahap kritikal terancam iaitu Harimau Malaya.

Selain daripada acara larian 5 km dan 10 km, program itu turut menampilkan pelbagai aktiviti bertemakan konservasi, pameran interaktif dan aktiviti mesra keluarga yang bertujuan meningkatkan kesedaran serta sokongan orang ramai terhadap usaha melindungi Harimau Malaya dan habitat hutannya.

Bertemakan The Long Run, acara ini mencerminkan usaha pemuliharaan jangka panjang yang memerlukan ketabahan, kerjasama dan komitmen berterusan.

Acara ini turut memperingati ulang tahun ke-10 kerjasama antara WWF-Malaysia dan Maybank dalam menyokong usaha perlindungan, pemantauan, penglibatan komuniti serta meningkatkan kesedaran awam mengenai Kompleks Hutan Belum-Temengor.

 
Back
Top
Log in Register