BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Nazrin Berangkat Ke Konvokesyen PSAG Ke-29

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
10e0fcc63a78270a669bf250b18a88af69f355a0cea10

76cfb4a6333551facf44c55da20ec7e669f355ee2a130

50aed2340ef0ca3f3e0ec7d4bacc7f3869f355b55fe25

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (tiga, kiri) berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-28 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) Tahun 2024, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. Keberangkatan baginda diiringi Peguam Negara yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia Datuk Mohd Dusuki Mokhtar serta Ahli-ahli Lembaga lain.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-29 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Perarakan masuk Sultan Nazrin ke majlis itu diiringi Peguam Negara yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta barisan ahli lembaga tersebut.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan sijil kepada 326 graduan dan anugerah bagi lulusan terbaik keseluruhan dan terbaik bagi setiap mata pelajaran PSAG.

Anugerah lulusan terbaik keseluruhan diterima Guek Yee Yun yang menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta sijil sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang memperoleh agregat tertinggi dalam peperiksaan itu.

Bagi lulusan terbaik mata pelajaran, Rachel Lo Wun menerima anugerah itu bagi Kertas Am dan Prosedur Jenayah, Tan Xuan Fei (Keterangan), A. Sucndravathy (Amalan Profesional) dan Ariana Ng Chor Yee (Prosedur Sivil) dengan setiap mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 serta sijil.

Terdahulu, Mohd Dusuki dalam sembah ucapannya berkata sebanyak 921 calon menduduki PSAG pada tahun lepas dengan 326 calon lulus manakala 20 lagi lulus bersyarat dan 575 gagal.

“Dalam menentukan keputusan peperiksaan, lembaga hanya mempertimbangkan merit dan tidak mengenakan sebarang kuota bagi kelulusan peperiksaan. Keputusan peperiksaan ditentukan secara adil, telus dan profesional,” katanya.

Beliau berkata lembaga turut menambah baik standard peperiksaan dengan melantik penyedia soalan dan pemeriksa dalam kalangan individu berwibawa dan berpengalaman termasuk hakim, pesuruhjaya kehakiman serta pensyarah universiti.

Mohd Dusuki berkata lembaga juga menyemak semula senarai institusi pengajian tinggi dan ijazah undang-undang luar negara yang diiktiraf serta mengiktiraf sembilan institusi baharu berkuat kuasa 1 Jan bagi membolehkan lebih ramai graduan menduduki peperiksaan itu.

 
Back
Top
Log in Register