BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Ibrahim Berangkat Ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Sultan Ibrahim Berangkat Ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran​

c54fa611624eff4d31c5ce3cfdc79ce46a1cef7281325

0001bdc98801b93487890b060deef6f26a1cefb3b9160

a39e10bf25755041eb55605fe8e5d4676a1ceff3aa156

465e51a6099f6d365ba92dcff099de506a1cee7b32d58

e102112aa2eb0bc24f1877d5728abae56a1cee8db60d4

28d9e742404a829aaaded445e9305b186a1ceaa81269c

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberi tabik hormat pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat ke istiadat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri dan isteri kemudian mengiringi Seri Paduka Baginda berdua ke Peterana Diraja di Dataran Istana Negara bagi menerima Hormat Diraja daripada Kawalan Kehormatan Utama, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Kawalan Kehormatan Utama itu terdiri daripada sembilan pegawai dan 180 anggota lain-lain pangkat diketuai Kapten Nor Saifullah Mahmad@ Mohammed.

Serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat RAMD dan Panji Peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan, diikuti tembakan meriam 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).

Sultan Ibrahim kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sebelum sekali lagi menerima Hormat Diraja bagi menandakan tamatnya istiadat di dataran itu.

Seri Paduka Baginda berdua seterusnya diiringi Perdana Menteri dan isteri ke Balairung Seri bagi menyempurnakan istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 kepada 161 individu penerima.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil  serta perwakilan asing.

 
Back
Top
Log in Register