combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Allianz General Rai Ulang Tahun Ke-25 Dengan Tawaran 250 Hadiah Menarik
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang. Kredit: Allianz Malaysia
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz General) menawarkan 250 hadiah menarik termasuk 170 kepingan emas 999.9 seberat satu gram sempena ulang tahun ke-25 syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang berkata kempen dari 1 Ogos hingga 31 Dis 2026 itu juga menawarkan 80 e-baucar Shopee bernilai RM500 setiap satu sebagai hadiah istimewa.
“Pencapaian ulang tahun ke-25 membuktikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kami untuk melindungi perkara yang paling bermakna buat mereka. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan atas keyakinan berterusan mereka terhadap Allianz General.
“Melangkah ke hadapan, kami kekal komited untuk memacu inovasi, mengukuhkan hubungan kami dengan pelanggan serta terus menjadi rakan dipercayai dalam melindungi kehidupan dan aspirasi mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pelanggan boleh menyertai kempen itu dengan membeli atau memperbaharui mana-mana polisi yang layak dalam tempoh tersebut.
Polisi yang layak ialah Allianz Shield Plus, Allianz Travel XPert (Tahunan), Allianz Travel Easy (Tahunan), Smart Home Cover, Allianz Lifestyle Protect dan Allianz MediCure.
Ia juga merangkumi Allianz Motor Comprehensive (Kereta Persendirian), Allianz Motorcycle Comprehensive, Allianz Motorcycle Plus Comprehensive dan Premier Home.
Wang berkata pelanggan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang jika membeli atau memperbaharui lebih banyak polisi, dengan satu polisi memberikan satu penyertaan, dua polisi memberikan empat penyertaan manakala tiga polisi bersamaan sembilan penyertaan.
“Selain itu, pelanggan yang merupakan ahli aplikasi MyAllianz akan menerima dua penyertaan tambahan, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk menang,” katanya.
Loading…
www.bernama.com