combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Allianz General Gesa Tingkat Langkah Pencegahan Kebakaran Elektrik
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menggesa individu dan perniagaan supaya meningkatkan langkah pencegahan kebakaran elektrik bagi melindungi nyawa serta harta benda selain memastikan kesinambungan operasi.
Kenyataan Allianz General hari ini memaklumkan bahawa risiko berkaitan kebakaran elektrik semakin ketara seiring peningkatan penggunaan di kediaman, bangunan komersial dan pasaran kenderaan elektrik (EV) yang semakin berkembang.
Menurut syarikat itu, kebakaran elektrik boleh bermula tanpa disedari namun merebak dengan pantas, dan antara punca lazim ialah litar terlebih beban, pendawaian rosak atau lama, penyelenggaraan peralatan elektrik yang tidak teratur, litar pintas serta komponen rosak atau berkualiti rendah.
“Keadaan persekitaran yang tidak terurus berhampiran peralatan elektrik turut menjadi antara punca kebakaran berkenaan.
“Di Malaysia, masalah elektrik menjadi punca kira-kira 60 peratus kebakaran rumah, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Berdasarkan statistik JBPM, antara punca utama ialah pendawaian yang tidak selamat, pengubahsuaian elektrik tanpa kebenaran dan penggunaan peralatan elektrik secara terlebih beban,” menurut kenyataan itu.
Susulan peningkatan penggunaan peralatan elektrik berkuasa tinggi dan EV, Allianz General menggalakkan orang ramai mengelakkan penggunaan pelbagai peranti pada satu sumber kuasa, menjalankan pemeriksaan pendawaian setiap tahun serta membersihkan peralatan elektrik dan kawasan sekitarnya secara berkala.
“Orang ramai juga digalakkan menggunakan komponen yang diperakui... alat dan teknologi canggih seperti pengimejan terma, pemutus litar kerosakan arka dan pengesan asap pintar boleh mengesan risiko kebakaran elektrik lebih awal.
“Sistem perlindungan kebakaran yang berkesan menggunakan agen bersih seperti karbon dioksida dan sistem gas lengai yang tidak konduktif serta memastikan keselamatan di ruang yang diduduki,” menurut Allianz General.