combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,148
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,148
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bekas anggota polis berpangkat koperal diperintah menjalani hukuman penjara lima tahun bermula hari ini kerana memeras ugut untuk melaporkan video intim seorang lelaki bersama tunangnya ke pejabat agama selepas pasangan itu ditahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), enam tahun lepas.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Azman Abdullah sebulat suara menolak rayuan akhir Mohd Aman Mustapa, 36, untuk mengetepikan sabitan dan keputusan Mahkamah Tinggi Taiping pada 5 Jun 2025, yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Azman, yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid turut memerintahkan agar waran penjara dikeluarkan untuk perayu memulakan hukuman penjara serta-merta kerana sebelum ini dia diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan.
Pada 29 Nov 2023, Mahkamah Sesyen Taiping menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Mohd Aman selepas didapati bersalah melakukan pemerasan ke atas lelaki itu untuk menakutkannya bahawa mangsa akan dilaporkan ke pejabat agama sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM300 di pejabat Hal Ehwal Awam, Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, Perak, antara 4.30 pagi sehingga 5.30 pagi, 18 Jun 2020, mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
Noorin yang membacakan keputusan hari ini berkata mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi telah menjalankan penelitian menyeluruh terhadap keseluruhan keterangan termasuk nota prosiding dan rakaman keterangan saksi dan mendapati tiada salah arah yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan.
Katanya, keterangan saksi pendakwaan ketiga (SP3 mangsa lelaki) adalah mencukupi untuk membuktikan perayu dengan sengaja meletakkan SP3 dalam ketakutan akan dikenakan tindakan buruk iaitu dilaporkan kepada pihak Jabatan Agama serta kemungkinan video-video peribadi mengaibkan yang diperoleh daripada telefon bimbit SP3 disebarkan sehingga mendorong SP3 menyerahkan wang tunai RM300 kepada perayu.
"Perbuatan perayu juga adalah 'suspicious' dan bertentangan dengan tindakan sewajarnya yang patut diambil oleh seorang anggota polis apabila menahan orang awam," katanya.
Noorin berkata kesalahan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan bukanlah satu kesalahan kecil atau teknikal kerana ia melibatkan elemen meletakkan seseorang dalam ketakutan bagi tujuan melakukan pemerasan.
"Dalam kes ini, ketakutan yang dikenakan ke atas SP3 dan tunangnya adalah bahawa video-video intim mereka akan didedahkan serta perkara tersebut akan dirujuk kepada pejabat agama dan ahli keluarga mereka," katanya.
Peras Ugut Video Intim, Bekas Koperal Diperintah Jalani Hukuman Penjara Lima Tahun
mahkamah, rayuan, koperal, polis, peras, ugut, vid