hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Jururawat dakwa bekas teman lelaki ugut bunuh, sebar video intim
JOHOR BAHRU: "Keputusan saya untuk memutuskan hubungan dengan penganggur itu bulan lalu tidak disangka mencetuskan pelbagai permasalahan sehingga hidup saya menjadi tidak tenang," kata seorang jururawat yang hanya mahu dikenali sebagai Nini, 29.
Nini yang bekerja di Singapura berkata, selepas tujuh bulan, dia berpisah dengan teman lelakinya berusia 27 tahun pada 8 Julai lalu selepas menyedari lelaki itu penagih dadah.
Menurutnya, akibat tidak berpuas hati dengan keputusannya, bekas teman lelakinya itu memukulnya.
Lebih malang dia juga diugut bunuh serta bekas teman lelaki juga ugut mahu menyebar video intim mereka jika tidak mahu meneruskan hubungan.
"Saya pelik kerana ahli keluarganya juga masuk campur termasuk ibunya yang meminta saya berbaik semula dengan anaknya walaupun menyedari lelaki itu penagih dan tidak bekerja.
Penganggur mengaku ahli kongsi gelap
"Bagi menakutkan saya, lelaki itu juga mendakwa dirinya sebagai ahli kumpulan kongsi gelap serta ugut akan membawa ahli kumpulan kongsi gelap untuk menyerang saya," katanya.
Menurutnya, demi keselamatan diri, dia membuat laporan polis pada 5.47 petang, 9 Julai lalu supaya siasatan dibuka dan tindakan diambil terhadap bekas teman lelaki dan ahli keluarganya.
Katanya, bekas teman lelakinya ke balai polis bagi membantu siasatan dan memadam semua foto dan video dalam telefon bimbitnya.
"(Tetapi) dia memfitnah saya menerusi hantaran di TikTok yang memaparkan gambar saya bertujuan memburukkan diri saya," katanya pada sidang media di Pusat Aduan Team TLK, Kota Puteri, semalam.
Menurutnya, dia juga berulang-kali ugut mahu menyebar video intim di media sosial.
"Terbaharu saya terima ugutan sama pada Isnin lalu.
"Malah dia juga menghantar mesej kepada saya untuk berdamai sekiranya saya bersetuju menjadi hamba seks," katanya.
Nini berkata, dia sekali lagi membuat laporan di IPD sama pada 19 Julai lalu selepas foto dan video intim disebarkan kepada ibu, ahli keluarganya dan juga bapa saudaranya.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan Team TLK, Lim Thow Siang mahu supaya polis melakukan siasatan secara menyeluruh.
Kredit