BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pemandu Dipenjara Ugut Hakim Mahkamah Tinggi KL

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Bekas Pemandu Dipenjara Ugut Hakim Mahkamah Tinggi KL​

e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Bekas pemandu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap hakim berkenaan, Mei lepas.

Majistret Heng Yi Min menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Fareez Mohd Zin, 39, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa prosiding sebutan kes hari ini.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong, 64, dengan tujuan mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada hakim itu di Mahkamah Tinggi (Sivil) Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini pada 1.30 tengah hari, 8 Mei.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya dan jika ugutan adalah untuk menyebabkan kematian atau kecederaan parah, boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Mohd Fareez menghantar dua rakaman suara berunsur ugutan menerusi WhatsApp dan membuat panggilan telefon kepada setiausaha Gan.

Dalam rakaman suara itu, tertuduh didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah serta ugutan terhadap hakim berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani memohon hukuman setimpal berdasarkan keseriusan kes berkenaan.

“Kesalahan yang dilakukan adalah serius dan boleh mengancam reputasi dan keselamatan pengadu walaupun tiada kecederaan fizikal berlaku. Hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan sebagai pencegahan kepada tertuduh dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya menanggung tiga anak dan isteri yang tidak bekerja.

 
Back
Top
Log in Register