BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pemandu Didakwa Ugut Hakim Mahkamah Tinggi KL

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,125
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,125
Reaction score
346
Points
141

Bekas Pemandu Didakwa Ugut Hakim Mahkamah Tinggi KL​

da2e3a1f9ca1043d1300b6c9fbba020d5e3a40f5b656b


Seorang bekas pemandu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap hakim berkenaan, minggu lepas.

Mohd Fareez Mohd Zin, 39, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong, 64, dengan tujuan mendatangkan ketakutan terhadapnya dan dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada hakim itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Mahkamah Tinggi (Sivil) Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini pada 1.30 tengah hari, 8 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya dan jika ugutan adalah untuk menyebabkan kematian atau kecederaan parah, boleh dipenjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa tidak menawarkan jaminan terhadap lelaki itu kerana kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

Peguam Karen Kaur yang mewakili Mohd Fareez, memohon supaya jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya yang telah berkahwin, perlu menanggung tiga anak selain tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, Amritpreet membantah permohonan peguam berhubung jaminan bagi memastikan keselamatan hakim mahkamah.

“Jika mahkamah ingin memberikan jaminan, mohon jaminan tinggi serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berhampiran,” katanya.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan tidak memberikan jaminan terhadap lelaki itu dengan mengambil kira kesalahan itu tidak boleh dijamin dan bantahan pihak pendakwaan, serta menetapkan 11 Ogos untuk sebutan kes.

 
Back
Top
Log in Register