BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima Suapan RM700: Polis Koperal Mula Jalani Hukuman Penjara 9 Bulan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Terima Suapan RM700: Polis Koperal Mula Jalani Hukuman Penjara 9 Bulan​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Seorang anggota polis berpangkat koperal hari ini mula menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan, selepas Mahkamah Rayuan mengembalikan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana menerima suapan RM700 daripada seorang lelaki, bagi melepaskan suspek yang terlibat dalam kes memiliki air ketum.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid turut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen, yang memerintahkan Mohamed Syaffiq Mohamed Sidek, 36, membayar denda RM10,000 atau menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal bayar denda berkenaan.

Panel itu membenarkan rayuan silang pihak pendakwaan, untuk mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen dan menolak rayuan Mohamed Syaffiq Mohamed terhadap sabitan dan hukuman itu.

Sebelum ini Mohamed Syaffiq memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu pelupusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Dalam menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Hakim Noorin berkata perayu (Mohamed Syaffiq) mengakui menerima wang RM700 tersebut, namun gagal membuktikan bahawa penerimaan wang itu bagi tujuan selain daripada tujuan rasuah.

Hakim Noorin berkata mahkamah mengambil kira keseluruhan keadaan yang melatari penyerahan dan penerimaan wang, antaranya wang tersebut diserahkan di luar balai polis dan bukannya dalam suatu keadaan atau pertemuan sosial dan wang tersebut datang daripada rakan saspek dan diterima oleh perayu.

Beliau berkata fakta penerimaan wang RM700 bukan sahaja disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan, malah diakui sendiri oleh perayu bahawa beliau telah menerima wang tersebut.

“Dengan terbuktinya fakta penerimaan tersebut, prasyarat bagi pengoperasian Seksyen 50(1) telah dipenuhi dan anggapan statutori berhubung sifat serta tujuan penerimaan wang tersebut berbangkit,” katanya.

Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen Kuantan mendapati Mohamed Syaffiq bersalah menerima wang suapan tersebut daripada Afiq Hidayatullah Hussin, bagi melepaskan Muhammad Faiz Aiman Mohd Yusof kerana memiliki air ketum.

 
Back
Top
Log in Register