BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarjan Polis Mula Jalani Hukuman Penjara 14 Bulan Selepas Gagal Rayuan Kes Rasuah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

Sarjan Polis Mula Jalani Hukuman Penjara 14 Bulan Selepas Gagal Rayuan Kes Rasuah​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Seorang anggota polis berpangkat Sarjan menjalani hukuman penjara 14 bulan yang dijatuhkan terhadapnya selepas gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Ridhuan Kasah terhadap sabitan serta hukuman terhadapnya bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah turut membenarkan rayuan balas pendakwaan untuk mengetepikan pembebasan Mohd Ridhuan daripada pertuduhan pertama sekali gus mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Bagaimanapun, Mohd Ridhuan, 48, hanya akan dipenjara selama 14 bulan selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani kedua-dua hukuman secara serentak.

Tertuduh juga diarah membayar denda RM20,000 atau menjalani hukuman penjara tambahan selama 12 bulan, jika gagal berbuat demikian.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Ridhuan menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Sebelum ini, dia memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman dan dibebaskan dengan jaminan RM20,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu rayuannya diputuskan.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara panel itu, Noorin berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila melepas dan membebaskan Mohd Ridhuan daripada pertuduhan pertama namun membuat keputusan yang tepat apabila mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi pertuduhan kedua.

Beliau berkata pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang jelas, konsisten serta boleh dipercayai, dan berjaya membuktikan setiap elemen penting dalam pertuduhan pertama.

 
Back
Top
Log in Register