BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rayuan Ditolak, Bekas Pengawal Keselamatan Mula Hukuman Penjara Lima Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141
e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Seorang bekas pengawal keselamatan hari ini mula menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kerana melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki berusia 12 tahun di tandas sebuah pusat tahfiz, enam tahun lepas.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Azman Abdullah memutuskan bahawa Mahkamah Sesyen tidak melakukan sebarang kesilapan dalam keputusannya, yang kemudiannya telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam menolak rayuan Muhammad Juwahir@Juhil, Hakim Azman bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid memutuskan bahawa kedua-dua sabitan dan hukuman adalah sah dan wajar dikekalkan.

Azman kemudian mengeluarkan waran komital bagi membolehkan Muhammad Juwahir memulakan hukuman penjara serta-merta.

Sebeum ini,  tertuduh diberi penangguhan hukuman dan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin semasa menunggu keputusan rayuannya.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki berusia 73 tahun itu telah melakukan kesalahan terhadap mangsa di Johor Bahru, Johor, antara pukul 1.40 hingga 2.10 petang pada 2 Feb 2020.

Mangsa, seorang warganegara Singapura, ketika itu sedang mengikuti pengajian di pusat berkenaan.

Pada 22 Jan 2024, Mahkamah Sesyen telah mendapati Muhammad Juwahir@Juhil bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh penahanan serta diletakkan di bawah pemantauan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.

 
Back
Top
Log in Register