BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Felda Kerteh 3 Bimbang Kegiatan Tuba Ikan Berleluasa

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
3f61905fc124b5c17cf3a2d31a02f93569d07dd3519b2


Penduduk di Felda Kerteh 3, Paka, dekat sini melahirkan kebimbangan terhadap kegiatan menuba ikan yang didakwa semakin berleluasa di Sungai Rasau sehingga menjejaskan sumber pendapatan nelayan sungai tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Kerteh 3 Alias Mamat berkata sejak Januari lepas, sebanyak empat kes menuba ikan telah dilaporkan berlaku di sungai berkenaan dan kejadian terbaharu berlaku pada Rabu lepas.

Beliau berkata perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu telah memusnahkan ekosistem sungai dan mengancam kelangsungan hidupan akuatik.

“Dalam kejadian terbaharu itu, ribuan bangkai ikan timbul di beberapa lokasi sepanjang Sungai Rasau dipercayai akibat dituba.

"Individu terlibat dipercayai menuba ikan di beberapa lubuk di sungai berkenaan sejauh kira-kira empat kilometer dari Felda Kerteh 1 hingga Felda Kerteh 3," katanya ketika ditemui pemberita di felda berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata antara jenis ikan yang ditemukan mati ialah lampam, baung, sebarau, selat, tilan, terbul dan haruan.

Seorang penduduk Zawawi Ibrahim, 60, berkata dia sering memancing di sungai berkenaan dan hasil tangkapan ikan yang diperoleh bukan sahaja menjadi sumber makanan harian, tetapi juga dijual bagi menambah pendapatan keluarga.

"Saya memancing lampam, baung dan sebarau kerana harganya tinggi di pasaran antara RM15 hingga RM25 sekilogram.

"Ikan-ikan tersebut semakin berkurangan di sungai berkenaan akibat aktiviti menuba yang semakin berleluasa, terutamanya pada musim kemarau ini," katanya.

 
Back
Top
Log in Register