BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

30 Tahun Tanpa Naik Taraf, Astaka Felda Chiku 2 Kini Jadi Ancaman Penduduk

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,776
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,776
Reaction score
289
Points
146

30 Tahun Tanpa Naik Taraf, Astaka Felda Chiku 2 Kini Jadi Ancaman Penduduk​

bcfbd40289a7f3533b0fa18988267f026a6ab3fd96e7c

Keadaan bumbung astaka yang usang dan rosak boleh mengundang bahaya kepada pengguna yang berada di sekitarnya di Padang awam Felda Chiku 2

Hasrat golongan belia di Felda Chiku 2 untuk menjadikan sukan sebagai amalan gaya hidup sihat berdepan cabaran apabila astaka berusia 30 tahun di padang awam tanah rancangan itu kini uzur sehingga dikhuatiri mengundang risiko kepada pengguna.

Tinjauan Bernama mendapati kemudahan yang dibina pada 1995 itu mengalami kerosakan teruk apabila sebahagian bumbung tercabut manakala beberapa keping siling tergantung selepas paku yang menampungnya tertanggal.

Meskipun berada dalam keadaan tidak selamat, astaka itu terus menjadi tempat berteduh ketika sesi latihan, bangku pemain simpanan semasa perlawanan serta lokasi pelbagai program komuniti.

Pengurus Persatuan Bola Sepak Felda Chiku 2 Mohamad Riduan Sidi Ahmad berkata pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendapatkan peruntukan membaik pulih kemudahan itu, namun sehingga kini belum menunjukkan sebarang perkembangan.

“Astaka ini dibina oleh Felda pada 1995 dan belum pernah melalui kerja naik taraf atau pembinaan semula. Kami amat kecewa kerana kemudahan penting untuk latihan dan mengasah bakat anak muda di sini masih belum diberi perhatian sewajarnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Chiku 2 Muhammad Zaidatul Azizi Mohd Zaidatul Azman berkata penduduk tidak mempunyai pilihan selain terus menggunakan astaka berkenaan kerana tiada kemudahan lain di kawasan padang itu.

Beliau berkata sekurang-kurangnya tiga cadangan penyelenggaraan telah dikemukakan kepada Felda sejak 2022 manakala permohonan terbaharu dihantar minggu lepas kepada Pengerusi Felda serta beberapa agensi berkaitan, termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Alhamdulillah, pihak ICU telah memaklumkan menerima permohonan itu. Kini kami berharap pihak berkaitan dapat turun padang untuk melihat sendiri keadaan astaka ini sebelum menentukan tindakan yang sewajarnya.

“Padang awam ini bukan sahaja menjadi lokasi latihan dan kejohanan sukan, malah turut digunakan bagi pelbagai program komuniti serta kerjasama dengan agensi kerajaan kerana mampu menampung lebih 300 orang pada satu-satu masa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register