BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WCT Sumbang RM34,000 Naik Taraf Pusat Pembelajaran BJCK

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141

WCT Sumbang RM34,000 Naik Taraf Pusat Pembelajaran BJCK​

2f8c9f56a3fce5670d85b5b48b604d2e6a7ae43f4d3f0

f33fc5b1d62deeff014ea49d764d910a6a7ae3fa38380

Kredit: WCT Holdings Bhd

Syarikat pegangan pelaburan WCT Holdings Bhd (WCT) menyumbang kira-kira RM34,000 untuk menaik taraf kawasan umum di pusat pembelajaran Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) di sini menerusi fasa kedua inisiatif WCTGives “Brightening Lives”.

WCT dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja naik taraf itu meliputi pintu masuk utama, tangga, bilik stor dan kemudahan pencahayaan pusat tersebut bagi meningkatkan keselamatan, mengoptimumkan ruang penyimpanan dan memastikan laluan akses serta pintu keluar kecemasan tidak terhalang.

Dua mural turut ditambah di kawasan pintu masuk bagi mewujudkan persekitaran yang lebih ceria dan menarik untuk komuniti BJCK.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan WCT Datuk Lee Tuck Fook berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen syarikat untuk menjadikan pendidikan lebih mudah diakses dan inklusif.

“Di WCT, kami percaya bahawa sokongan yang bermakna bermula dengan memahami keperluan komuniti yang kami santuni. Melalui WCTGives ‘Brightening Lives 2.0’, kami berbesar hati untuk terus menyokong BJCK dengan membantu mewujudkan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak belajar dan membesar dengan lebih berkeyakinan,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan tonggak #EducationforAll WCTGives yang memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan akses kepada peluang pembelajaran bagi komuniti yang kurang bernasib baik.

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah WCT Chong Wah Hing berkata persekitaran yang selamat, mudah diakses dan berfungsi memainkan peranan penting dalam menyokong aktiviti harian serta pengalaman pembelajaran kanak-kanak.

“Melalui Brightening Lives 2.0, kami menaik taraf ruang umum utama di pusat pembelajaran BJCK bagi memberikan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik kepada pelajar, pendidik serta pengunjung. Kami berharap penambahbaikan ini dapat menyokong usaha berterusan BJCK dalam membimbing dan mendidik kanak-kanak di bawah jagaannya,” katanya.

Pengasas Bersama dan Ketua Hala Tuju Strategik BJCK Siti Rahayu Baharin berkata kemudahan yang dinaik taraf itu bukan sekadar melibatkan penambahbaikan fizikal, sebaliknya mencerminkan komitmen bersama untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan banyak menyokong kanak-kanak.

 
Back
Top
Log in Register