BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM350,000 Diperuntuk Naik Taraf Jalan Pangsapuri Bandar Tasik Selatan - Wan Azizah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

RM350,000 Diperuntuk Naik Taraf Jalan Pangsapuri Bandar Tasik Selatan - Wan Azizah​

a17850a2a1c8525202d43acb0794bcf86aa4e812a668d

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak bergambar bersama orang ramai ketika Program Kenduri Rakyat MADANI Bandar Tuan Razak 2026 di Pangsapuri Kos Rendah BTS hari ini.

Sebanyak RM350,000 diperuntukkan bagi menaik taraf struktur jalan di Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan di sini menerusi inisiatif Projek Mesra Rakyat 2026.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata lif di pangsapuri itu juga akan dibaik pulih dalam masa terdekat bagi memastikan keselesaan penduduk.

“Selepas dinaik taraf, jagalah. Kita perlu bersama-sama membangunkan dan menjaga harta benda supaya anak cucu kita juga dapat merasai manfaatnya,” katanya semasa merasmikan Program Satelit Khas Kenduri Rakyat MADANI 2026 Parlimen Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Pada majlis sama, isteri Perdana Menteri itu turut merasmikan stesen Flexi EV Charging bernilai RM72,000 yang dilengkapi empat unit pengecas kenderaan elektrik di pangsapuri tersebut.

Beliau berkata projek itu dilaksanakan menerusi kerjasama perbadanan pengurusan pangsapuri dengan Leading Innovative Technologies & Systems Sdn Bhd dan Pro Parking Sdn Bhd.

Dr Wan Azizah berkata inisiatif itu membuktikan kerjasama antara komuniti, pihak pengurusan dan sektor swasta mampu membawa kemudahan lebih baik kepada penduduk.

Beliau turut menyeru penduduk supaya memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan serta mengambil inisiatif menyelesaikan masalah komuniti secara bersama.

Selain itu, Dr Wan Azizah turut menyampaikan tajaan tuisyen Ember AI kepada 10 pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Pada masa sama, beliau menekankan kepentingan memastikan kanak-kanak mendapat nutrisi mencukupi bagi menyokong tumbesaran mereka, khususnya dalam menghadapi cabaran kehidupan di bandar.

 
Back
Top
Log in Register