BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MDGM Perlu RM1 Juta Naik Taraf Bandar Lama Gua Musang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,171
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,171
Reaction score
346
Points
141

MDGM Perlu RM1 Juta Naik Taraf Bandar Lama Gua Musang​

e73a315cbc8e4f3abe40ab00a34b677e6a7dc8d670714

Mohd Roshdi Ismail

Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) memerlukan peruntukan hampir RM1 juta bagi menaik taraf dan membangunkan kawasan Bandar Lama Gua Musang sebagai destinasi tumpuan pelancong utama di daerah berkenaan.

Yang Dipertua MDGM Mohd Roshdi Ismail berkata peruntukan itu akan digunakan untuk memulihkan dan membangunkan semula beberapa kawasan strategik yang dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk menarik kehadiran pelancong luar.

Beliau berkata Bandar Lama Gua Musang mempunyai keunikan tersendiri kerana dikelilingi bukit bukau serta kaya dengan nilai sejarah, termasuk gua batu kapur dan kawasan bersejarah yang berkaitan dengan zaman komunis.

“Dalam rangka awal, kami memerlukan peruntukan hampir RM1 juta. Kami akan cari agensi yang sesuai untuk kami cadangkan penambahbaikan di kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd Roshdi berkata antara lokasi yang boleh diketengahkan ialah stesen kereta api lama di kaki bukit yang mempunyai sejarah berkait rapat dengan serangan komunis, selain kubur wanita mengandung yang ditembak mati oleh komunis yang terletak di kawasan Masjid Razaleigh.

Beliau berkata MDGM akan bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengenal pasti keperluan penambahbaikan dan mendapatkan peruntukan pembangunan sektor pelancongan, sekali gus menghidupkan kembali kawasan itu serta merancakkan ekonomi setempat.

 
Back
Top
Log in Register