BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKN Perak Tumpu Naik Taraf Fasiliti Hospital Lama Di Perak Dalam RMK13

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

JKN Perak Tumpu Naik Taraf Fasiliti Hospital Lama Di Perak Dalam RMK13​

cccbce5ee1ccadd06f2a1cf3186b5a106aa2510173fbc

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha bercakap kepada media ketika hadir merasmikan Konvensyen Kebangsaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kongres Saintifik 2026 hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak memberikan tumpuan khusus terhadap kerja-kerja penambahbaikan serta naik taraf fasiliti di hospital-hospital lama di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata usaha pembaikan kemudahan sedia ada itu akan menjadi keutamaan kerana terdapat fasiliti yang telah usang dan tidak boleh digunakan sama ada petugas mahupun pesakit.

“Penumpuan kami di Perak pada masa ini lebih berbentuk kepada usaha memperelok dan memulihara fasiliti yang sudah berumur. Hospital paling lama di Malaysia pun terletak di Perak, iaitu di Taiping, jadi banyak fasiliti memerlukan pembaikan berterusan.

“Projek pembaikan ini dimuatkan di bawah RMK13 dan perancangan seterusnya memandangkan pihak kita telah merangka blueprint khusus untuk tujuan ini,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan MMA dan Kongres Saintifik 2016 di AC Hotel by Marriot, di sini hari ini.

Terdahulu, konvensyen yang menghimpunkan kira-kira 1,000 individu terdiri daripada doktor swasta, pemimpin industri kesihatan serta tetamu kenamaan dari dalam dan luar negara itu berlangsung dari hari ini hingga Jumaat.

Objektif utama penganjuran konvensyen itu ialah membincangkan cabaran tenaga kerja kesihatan dalam memastikan kelangsungan sistem kesihatan negara.

Selain itu, Feisul berkata pihaknya menjangkakan sistem tempat letak kenderaan bertingkat akan beroperasi sepenuhnya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Hospital Taiping dan Hospital Seri Manjung menjelang awal tahun depan, yang bertujuan menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kenderaan.

Beliau berkata buat masa ini, perbincangan dengan sebuah syarikat swasta sedang dilakukan bagi memastikan kemudahan berkenaan diwujudkan di ketiga-tiga hospital berkenaan.

“Isunya untuk kita wujudkan sistem letak kenderaan bertingkat ini kerana ketiga-tiga hospital kawasannya agak terhad. Jadi, dengan adanya kemudahan ini nanti, kita dapat mengurangkan isu kesesakan tempat letak kenderaan yang kerap dihadapi oleh pesakit dan pelawat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register