combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
JKN Perak Terus Dekati Komuniti Orang Asli Sungai Klewang
Pegawai Perubatan Kesihatan Keluarga Hulu Perak Dr Farhana Abdul Khair
Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN Perak) akan memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan bagi komuniti Orang Asli di kawasan pedalaman, termasuk Kampung Sungai Klewang, Sungai Tiang diberi perhatian menerusi perkhidmatan kesihatan bergerak serta mekanisme rujukan bagi kes yang memerlukan rawatan lanjut.
Pegawai Perubatan Kesihatan Keluarga Hulu Perak Dr Farhana Abdul Khair berkata komitmen dan rasa tanggungjawab petugas kesihatan menjadi antara perkara penting dalam memastikan perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman dapat diteruskan.
Beliau berkata bagi kes yang memerlukan rawatan kecemasan, pesakit akan dipindahkan mengikut tatacara yang ditetapkan manakala bagi kes kronik, kesinambungan rawatan akan dipastikan selepas pesakit dihantar ke hospital.
“Antara pengalaman paling bermakna sepanjang berkhidmat di kawasan pedalaman ialah ketika pasukan kesihatan membawa keluar seorang bayi pramatang yang dilahirkan di kampung dan mempunyai berat kira-kira 900 gram,” katanya ketika ditemui pada Program Kembara Kesihatan Bersama Media anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Klewang Seblu Gebis berkata penduduk menerima baik perkhidmatan kesihatan yang dibawa masuk ke kawasan berkenaan, terutama bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
“Sekiranya berlaku kes kecemasan, termasuk pesakit yang sakit teruk atau ibu mengandung, pesakit perlu dibawa keluar bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Jururawat Kesihatan Pasukan Bergerak Orang Asli Gerik Azura Abu Bakar berkata beliau telah berkhidmat dengan perkhidmatan Orang Asli selama enam tahun manakala tempoh keseluruhan perkhidmatannya dalam bidang berkenaan mencecah 27 tahun.
Beliau berkata antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang enam tahun berkhidmat ialah ketika pandemik COVID-19 apabila petugas keluar setiap hari bagi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Orang Asli.