BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Peruntuk RM350 Juta Naik Taraf JRTB Di Perak - Nanta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
44907607a474979d90352a464e4195a6697f4571c134a

GERIK, 1 FEB -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua, kanan) melihat penghadang jalan ketika Lawatan Kerja ke Laluan FT004, Seksyen 170.9, Jalan Gerik-Jeli hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) melibatkan jajaran di Perak atau laluan FT004 di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan laluan itu lebih selamat, selesa dan berdaya tahan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja awalan untuk projek berkenaan boleh bermula tahun ini dan berharap sebahagiannya mula dilaksanakan secara fizikal tahun depan.

“Dalam RM350 juta ini, kami akan gunakan RM170 juta di 17 lokasi, satu lokasi RM10 juta untuk kami lebarkan jalan sebagai lorong memotong. Jadi, dah dikenal pasti ada 17 lokasi, ini akan membantu menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya nanti.

“Itu perancangan kami dan peruntukan kewangan yang kami dah dapat, memang kami akan memohon tambahan sekiranya ada keperluan,” katanya pada sidang media ketika melawat JRTB (FT004) termasuk lokasi kemalangan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lepas.

Nanta berkata kira-kira RM40 juta juga diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan JRTB membabitkan jajaran di Perak sepanjang tahun ini sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Beliau berkata peruntukan itu melibatkan pelaksanaan pelbagai kerja penyenggaraan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi, termasuk pembaikan permukaan jalan, pemasangan kemudahan keselamatan serta penambahbaikan pencahayaan.

“Jadi untuk kerja-kerja penyenggaraan, kami ada RM40 juta ataupun sedikit lebih lagi daripada itu, memang dilaksanakan melalui syarikat konsesi di sini (JRTB), iaitu Belati Wangsa Sdn Bhd,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata Kementerian Kerja Raya sentiasa memantau keadaan serta keperluan di laluan itu sekiranya memerlukan sebarang penambahbaikan untuk memberi keselesaan serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Pada 9 Jun 2025, sebanyak 15 pelajar UPSI maut apabila bas yang mereka naiki dari Jerteh, Terengganu ke Kampus UPSI Tanjong Malim, Perak terbabit kemalangan dengan kereta Perodua Alza di Kilometer 53 JRTB (Jeli-Gerik), Perak.

 
Back
Top
Log in Register