BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Peruntuk RM8 Juta Baiki, Naik Taraf Terowong Sungai Lembing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Peruntuk RM8 Juta Baiki, Naik Taraf Terowong Sungai Lembing​

d81c1ef379b0cfa6f1d0cf272ec757ba6a2d3cce03ec6

Beberapa pengunjung dibawa menaiki lokomotif yang membawa pekerja lombong untuk masuk ke terowong lombong bijih timah Sungai Lembing sepanjang 600 meter. Terowong itu merupakan salah satu yang digunakan suatu ketika dahulu untuk kegiatan melombong. (Gambar Fail)

Kerajaan memperuntukkan RM8 juta bagi kerja-kerja membaiki dan menaik taraf terowong Sungai Lembing di sini sebagai usaha merancakkan semula sektor pelancongan di kawasan itu yang terkenal dengan sejarah perlombongan bijih timah negara.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata peruntukan itu disalurkan menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memulihara serta memperkasakan produk pelancongan warisan yang mempunyai nilai sejarah tinggi.

Beliau percaya projek naik taraf berkenaan mampu meningkatkan kembali daya tarikan pelancong ke Sungai Lembing, sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi setempat.

“Kerja-kerja naik taraf dijangka bermula tahun depan dan kita akan memastikan aspek keselamatan pengunjung diberi perhatian sepenuhnya sepanjang pelaksanaan projek serta selepas ia siap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pementasan teater "The Stories Of Sungai Lembing” di Panggung PCCL, di sini hari ini yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuantan Datuk Zaliza Zulkipli.

Mengenai pementasan teater itu, Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata inisiatif itu bertujuan memperkasakan aktiviti pelancongan dan kebudayaan di pekan bersejarah tersebut, sementara menantikan terowong Sungai Lembing itu dibuka semula kepada orang ramai.

Beliau berkata langkah itu bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pengunjung, malah membantu merancakkan ekonomi setempat serta memperkenalkan sejarah Sungai Lembing kepada generasi muda.

“Pementasan ini berjaya mengembalikan keceriaan dan kegemilangan panggung wayang terawal di Pantai Timur suatu ketika dahulu kerana selepas satu dekad, panggung ini mula hidup dengan teater berkenaan,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya pementasan teater itu turut membantu mengetengahkan kawasan tarikan pelancongan lain di sekitar Sungai Lembing, antaranya perkampungan Orang Asli di Sungai Mas yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, selain Bukit Panorama dan Air Terjun Pelangi.

 
Back
Top
Log in Register