BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Naik Taraf Menara Penyejuk Bernilai RM2.57 Juta Perkukuh Kesinambungan Operasi Bernama

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Naik Taraf Menara Penyejuk Bernilai RM2.57 Juta Perkukuh Kesinambungan Operasi Bernama​

2a58046e6e948c9551ec25de2d2e61ba6a8fe6bcc1481

cce540f39ff0aef57a2ddb1283b665946a8fe7035ac48

Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir Suhaili Mansor menerima cenderahati daripada Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo ketika menghadiri Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Sistem Penyejukan Bangunan Wisma Bernama di Wisma Bernama, hari ini. Turut hadir Pengarah Khidmat Pakar Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia Ir Azizun Hashim.

Projek menaik taraf menara penyejuk Wisma Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) bernilai RM2.57 juta bukan sekadar mempertingkatkan kecekapan sistem penyejukan bangunan, malah menjadi pelaburan penting bagi memastikan operasi agensi berita nasional itu terus berjalan tanpa gangguan.

Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj berkata keandalan infrastruktur merupakan komponen kritikal dalam menyokong operasi Bernama yang berterusan 24 jam sehari, 365 hari setahun, khususnya dalam memastikan penyampaian berita yang sahih, tepat dan terkini kepada rakyat serta negara.

Beliau berkata projek di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 5 (RMK12 RP5) itu berjaya disiapkan sepenuhnya pada 22 Julai lepas, sehari lebih awal daripada jadual ditetapkan, dengan nilai kontrak RM2,566,099.

"Penambahbaikan sistem dan kemudahan ini membolehkan Bernama mengurangkan risiko gangguan operasi, meningkatkan kecekapan pengurusan fasiliti serta menyediakan persekitaran kerja lebih kondusif bagi menyokong penyampaian perkhidmatan berita secara berterusan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Menara Penyejuk Bangunan Wisma Bernama di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir Suhaili Mansor, Pengarah JKR Kuala Lumpur Ir Mazlan Mustapha, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson, Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama Sharifah Zaini Syed Zain serta pengurusan tertinggi kedua-dua agensi.

Arul Rajoo berkata projek itu turut merangkumi penggantian menara penyejuk dan tangki air baharu, pemodenan Sistem Automasi Bangunan (BAS) serta kerja penyenggaraan dan penambahbaikan kemudahan sokongan.

Beliau berkata kesemua komponen berkenaan akan memastikan sistem penyejukan bangunan beroperasi dengan lebih cekap, stabil dan berkesan, sekali gus menyokong kelancaran tugasan warga Bernama.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKR, khususnya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atas kepakaran teknikal, khidmat nasihat dan pemantauan sepanjang pelaksanaan projek.

Beliau turut menghargai sokongan serta kepercayaan Kementerian Komunikasi, termasuk penyediaan peruntukan bagi memastikan projek itu dapat direalisasikan.

 
Back
Top
Log in Register