BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bernama Mobile Services Perkukuh Liputan Berita, Perluas Operasi Penyiaran

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Bernama Mobile Services Perkukuh Liputan Berita, Perluas Operasi Penyiaran​

b0a395ee2b413b133234ed37a026ed176a5c662c172bc

8bf7a99e5802758d0211448680f9200c6a5c66535ab28

Orang ramai mengunjungi BERNAMA Mobile Studio sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 (MPBKKJG 2026) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS) Tanjung Rambutan, hari ini.

Bernama Mobile Studio (BMS) bukan sekadar aset strategik dalam memperkukuh operasi liputan berita di lokasi, malah mempunyai potensi besar dalam memperluas operasi penyiaran, sejak dilancarkan pada 3 Jun tahun lepas.

Penyelaras Produksi BMS Muhammad Syukri Khairulannuar berkata penerimaan menggalakkan terhadap BMS membuktikan keperluan terhadap konsep studio bergerak yang membolehkan pelanggan mendapat perkhidmatan rakaman dan penyiaran terus di lokasi.

“Ia membuktikan bahawa BMS mempunyai potensi besar dalam memperluas operasi penyiaran, di samping membolehkan liputan dilaksanakan dengan lebih fleksibel dan pantas di mana-mana lokasi lapangan.

“Kelebihan BMS ialah kita boleh membawa studio terus ke lokasi tanpa memerlukan tetamu hadir ke Wisma Bernama. Langkah ini memudahkan proses rakaman, temu bual dan siaran langsung, terutama bagi program yang melibatkan tokoh atau pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2026 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

BMS, yang dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, merupakan aset atau kemudahan berita bergerak selain boleh beroperasi sebagai studio rakaman audio siar mudah alih di mana-mana lokasi di luar studio.

Selain itu, kenderaan rekreasi atau motorhome milik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bernilai RM1.2 juta itu mampu bersiaran langsung dengan produksi berbilang kamera serta boleh beroperasi di kawasan kritikal tanpa bekalan elektrik seperti liputan bencana dan lokasi terpencil.

Muhammad Syukri berkata BMS telah digunakan untuk liputan rasmi di pelbagai lokasi termasuk sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas serta UTCON Energy Transition Conference, Defence Services Asia (DSA) yang berlangsung pada April 2026.

Selain itu, beliau berkata perkhidmatan BMS tidak tertumpu kepada jabatan dan agensi kerajaan semata-mata, malah turut dibuka kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan liputan berita.

 
Back
Top
Log in Register