BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wartawan Sukan Bernama Menang Anugerah Liputan Sukan Terbaik MBPJ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Wartawan Sukan Bernama Menang Anugerah Liputan Sukan Terbaik MBPJ​

95062a3e0e0488decb032997dc67ec966a3e940999993

2e003182f91b8f2bcb7bf26032cf3f656a3e9444d9bf5

Wartawan Meja Sukan Bernama, Muhammad Zulkarnain Mohd Azman (tiga, kanan), memenangi Anugerah Liputan Sukan Terbaik bagi Kategori Media Cetak pada Majlis Anugerah Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2026 malam ini.

Hadiah disampaikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Datuk Mohamad Zahri Samingon (tiga, kiri).


Wartawan sukan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Zulkarnain Mohd Azman memenangi Anugerah Liputan Sukan Terbaik kategori Media Cetak pada Anugerah Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2026 di sini malam ini.

Beliau menerima pengiktirafan itu menerusi artikel bertajuk “MBPJ Terus Taja Wai Ching, Promosi Petaling Jaya Di Pentas Dunia”.

Muhammad Zulkarnain menerima trofi, sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000 yang disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Zahri Samingon.

Beliau ketika ditemui mengakui tidak menyangka dipilih sebagai penerima anugerah berkenaan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan, khususnya editor, rakan-rakan sepasukan dan keluarga yang sentiasa berada di belakang saya sepanjang perjalanan ini.

“Anugerah ini juga menjadi pemangkin untuk saya terus menghasilkan karya yang lebih bermakna, berkualiti dan memberi impak kepada masyarakat pada masa akan datang,” katanya.

Anugerah Media MBPJ 2026 mempertandingkan 14 kategori meliputi laporan khas, penerbitan artikel, kewartawanan visual, liputan sukan, media hiburan serta beberapa kategori penghargaan khas.

Anugerah itu dianjurkan bagi menghargai sumbangan pengamal media dalam menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan, inisiatif dan agenda pembangunan bandar raya Petaling Jaya kepada masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register