combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Liputan Media Tertinggi pada Anugerah Media 2025 Universiti Putra Malaysia (UPM) malam ini.
Anugerah utama itu merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan Bernama dalam memperluas laporan berkaitan kepakaran, perkongsian ilmu serta aktiviti penyelidikan universiti berkenaan melalui media mention tertinggi.
Anugerah disampaikan oleh Naib Canselor UPM Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin sempena Majlis Promosi UPM Bersama Media 2026 di sini.
Selaku pemenang utama, Bernama membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta plak dan sijil penghargaan.
Selain anugerah utama, Bernama turut mengungguli kategori Anugerah Liputan Portal Dalam Talian Tertinggi, sekali gus mengiktiraf peranan agensi tersebut dalam memperkasakan penyampaian maklumat digital berkaitan universiti berkenaan.
Bernama membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta plak dan sijil anugerah, diikuti Radio Televisyen Malaysia (RTM) di tempat kedua dan Malaysia Gazette di tempat ketiga, masing-masing menerima sijil penghargaan.
Kejayaan agensi berita itu diteruskan menerusi Bernama Radio yang mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat kedua dalam kategori Anugerah Liputan Radio Tertinggi.
Tempat pertama kategori itu dimenangi BFM Radio manakala tempat ketiga disandang Nasional FM.
Pemenang tempat pertama bagi kategori radio menerima hadiah wang tunai RM500, plak dan sijil manakala pemenang tempat kedua serta ketiga menerima sijil penghargaan.
Bernama Rangkul Anugerah Liputan Media Tertinggi UPM 2025
Bernama, UPM, anugerah, Nur-ul Afida, liputan medi