BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bernama Rangkul Lapan Anugerah Malam Media Perak Sejahtera Tahun 2025

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80
73b3e0f9066a8c9ddc1187c45ca116da69496c8d2faba

0f2b49597bd41f93fcba7f334b7c84ea69496c72184e2

Petugas Bernama Biro Perak bergambar bersama anugerah-anugerah yang dimenangi pada Malam Media Perak Sejahtera 2030 Tahun 2025 di Galasa Caldwell.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkul lapan anugerah pada Malam Media Perak Sejahtera Tahun 2025 di sini malam ini.

Wartawan Razif Rosli meraih tempat pertama Anugerah Berita Digital (Bukan Bahasa Melayu) dengan tajuk Orang Asli Women Turn Natural Ingredients Into Beauty Business Success serta membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 manakala wartawan Fadzlina Abu Bakar Sidek memperoleh tempat kedua bagi kategori sama dan membawa pulang RM1,000.

Sementara itu, Wartawan Bernama Nur Afiradina Arshad memenangi tempat pertama bagi Anugerah Rencana Terbaik Cetak dan Digital menerusi penulisan Mendepani Negeri Menua Paling Awal, Perak Proaktif Perkukuh Kemudahan Untuk Warga Emas, sekali gus membawa pulang RM1,500.

Wartawan Mohamad Adzhar Tajudin pula memenangi tempat ketiga bagi rencana bertajuk Menjejak Temoleh, Ikan Ikonik Sungai Perak Kini Diancam Kepupusan dan membawa pulang RM500.

Dalam pada itu, Jurugambar Farhan Najib Yusoff dan Jurukamera Abdul Razak Mohammad Shohib memenangi tempat kedua bagi anugerah Foto Terbaik dan Video TV terbaik serta masing-masing membawa pulang RM1,000.

Selain itu, Bernama juga memperoleh tempat ketiga bagi anugerah Foto Esei Terbaik yang dimenangi Farhan Najib dengan tajuk OKU Tuai Semangat Di Ladang Kebun Bandar Kampung Tawas serta anugerah Berita Digital (Bahasa Melayu) diraih Mohamad Harith Mohamad Nizar yang bertajuk Adzmi Temukan Rahsia Bukit Merah, Hasilkan Arowana Premium masing-masing membawa pulang RM500 serta Penghargaan kepada Pesara Media Abd Rashid Lamak.

Hadiah disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak Sayed Hesham Idris.

Saarani dalam ucapannya berkata malam ini menjadi pentas untuk pihaknya menyatakan rasa terima kasih melalui Anugerah Media Perak Sejahtera Tahun 2025.

“Saya dimaklumkan jika tahun lepas lebih 90 penyertaan diterima, pada tahun ini jumlahnya meningkat kepada lebih 120 penyertaan melibatkan sembilan kategori yang dipertandingkan, dengan pemarkahan yang sangat sengit.

 
Back
Top
Log in Register