BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bernama Rangkul Tiga Anugerah Media Pembinaan CIDB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
49cdc6e3acdcccb3e2cc37ae63925eae6942c96f782a1

85a6b7c160a6a6136ffd7cef9b43ff0d6942c9a743abe


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkul tiga anugerah pada majlis Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), di sini malam ini.

Wartawan Bernama Biro Kelantan Mohd Noor Iqram Rosli memenangi tempat kedua bagi kategori Media Cetak dan Portal Berita (Rencana) menerusi penulisan bersiri, sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi dan sijil.

Rencana itu merangkumi Siri 1 - Berusia Lebih 4 Dekad, Tiba Masa JRTB Dibaik Pulih, Siri 2 - Baik Pulih JRTB: Pakar Syor Kaji Semula Reka Bentuk Jalan, Guna Teknologi Pintar dan Siri 3 - Kerajaan Rangka Pelan Komprehensif Tingkatkan Keselamatan JRTB.

Sementara itu, Wartawan Meja Rencana dan Isu Semasa Muhammad Basir Roslan pula meraih tempat ketiga bagi kategori sama dengan penulisan bertajuk “Penggunaan Dron Tingkatkan Prestasi Sektor Pembinaan Negara” dan menerima wang tunai RM2,000, trofi berserta sijil.

Gandingan penerbit program dan peneraju Bernama Radio Naziana Md Nasir, Nur Syazwani Bakhtiar Azam dan Kamal Azudin Md Yusoff menerusi program bertajuk “Rumah Terbengkalai: Di mana silapnya?” meraih tempat kedua Anugerah Media Penyiaran Radio dan menerima tunai RM3,000, trofi dan sijil.

Hadiah disampaikan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Terdahulu, Nanta dalam ucapannya berkata media adalah rakan strategik kementerian yang membantu dalam menyampaikan dasar, inisiatif serta pencapaian kerajaan kepada masyarakat.

Beliau berkata penganjuran majlis itu bertujuan menggalakkan penghasilan kandungan kewartawanan dan liputan media yang berkualiti mengenai industri pembinaan termasuk isu keselamatan tapak binaan, kelestarian alam sekitar, penerapan teknologi baharu serta aspek lain yang menyumbang kepada pembangunan mampan industri pembinaan negara.

“Media memainkan peranan yang amat strategik dalam menyokong pelaksanaan dasar dan hala tuju sektor pembinaan yang digariskan oleh KKR dan CIDB.

 
Back
Top
Log in Register