Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,771
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,771
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Bernama Rangkul Enam Anugerah Utama, Tujuh Merit Pada Kinabalu Press Awards 2026
Pemenang Anugerah News Reporting Bahasa Malaysia Fadzli Ramli, Anugerah Business & Economics Reporting Bahasa Malaysia Norazlina Jindeh, Anugerah Merit Rohana Nasrah serta Anugerah Entertainment, Culture and Arts Photography Arjasneh Ahmad bergambar pada Malam Anugerah Kinabalu Press Awards 2026.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sabah merangkul enam anugerah utama dan tujuh merit pada Kinabalu Press Award 2026 di sini malam ini.
Anugerah tahunan berprestij itu yang mempertandingkan 26 kategori, mencatat sejarah tersendiri tahun ini dengan menerima rekod tertinggi sebanyak 354 penyertaan berbanding 268 tahun lepas.
Ketua Biro Sabah Fadzli Ramli memenangi Anugerah Utama bagi kategori Pelaporan Berita (Bahasa Melayu) menerusi laporannya mengenai media sosial dan kecerdasan buatan (AI) mendominasi Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lepas.
Fadzli bersama-sama jurugambar Arjasneh Ahmad dan jurukamera sambilan Bernama TV Ahmad Jimmy turut memenangi Anugerah Utama bagi kategori Anugerah Kewartawanan Bahasa Inggeris (Rencana dan Berita Rencana) menerusi laporan khas yang mengetengahkan konflik antara manusia dan gajah Borneo di Sabah.
Wartawan Noorazlina Jindeh turut meraih dua anugerah utama iaitu Anugerah Pelaporan Hiburan (Bahasa Melayu) menerusi laporannya tentang sebuah gong berusia 100 tahun serta Anugerah Pelaporan Perniagaan dan Ekonomi (Bahasa Melayu) bagi laporan berkaitan pembangunan ekonomi di Semporna.
Arjasneh turut merangkul Anugerah Utama bagi kategori baharu Anugerah Fotografi Hiburan, Budaya dan Seni menerusi gambar Merdeka 2025 manakala wartawan veteran Datuk Emin Madi memenangi hadiah utama dalam kategori Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar (Bahasa Inggeris) menerusi rencana berkaitan pemulihan hutan di negeri itu.
Di samping kemenangan utama itu, Bernama turut membolot tujuh Anugerah Merit dengan wartawan Rohana Nasrah membawa pulang tiga anugerah itu menerusi kategori Anugerah Pelaporan Perniagaan & Ekonomi (Bahasa Melayu), Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar (Bahasa Melayu) serta Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Berita Rencana - Bahasa Melayu)
Noorazlina turut meraih dua Anugerah Merit iaitu bagi kategori Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar (Bahasa Melayu) dan Anugerah Kewartawanan Sukan (Bahasa Inggeris).
Sementara itu, Arjasneh menerima Anugerah Merit bagi kategori Anugerah Gambar Terbaik manakala Fadzli bagi kategori Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Berita Rencana - Bahasa Melayu).