BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SALIHIN Rangkul Anugerah GIFA 2026, Serlah Keunggulan Kepakaran Syariah Tempatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SALIHIN Rangkul Anugerah GIFA 2026, Serlah Keunggulan Kepakaran Syariah Tempatan​

e9cb7030c4afef4fcdfa0a3b6263e6806aa1479a7e88f

3923165162522b733fde38f92e21bfc46aa147a942da8

kredit: SALIHIN GROUP

Firma perkhidmatan profesional Malaysia, SALIHIN International (SALIHIN) dinobatkan sebagai Best Shariah Advisory Firm 2026 pada Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) yang berlangsung di London, United Kingdom, semalam.

Anugerah berkenaan diterima Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan Kumpulan SALIHIN Datuk Dr Salihin Abang sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan firma itu yang semakin berkembang dalam memajukan bidang kewangan Islam dan perkhidmatan nasihat syariah di pasaran serantau serta antarabangsa.

SALIHIN memaklumkan pengiktirafan itu mencerminkan kepentingan kepakaran syariah Malaysia yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa, seiring dengan peranan penasihat syariah yang semakin berkembang melangkaui aspek pematuhan satu bidang yang lebih luas, merangkumi tadbir urus, pengurusan risiko, inovasi, kelestarian, penyelidikan serta pembuatan keputusan strategik.

“Anugerah berprestij berkenaan antara pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa yang diterima  pasukan profesional syariah SALIHIN diketuai Dr Ahcene Lahsasna, seorang sarjana syariah yang terkenal di peringkat antarabangsa yang Ketua Pegawai Eksekutif firma itu,” menurut SALIHIN dalam kenyataan hari ini.

Menurut SALIHIN, industri kewangan Islam global kini memasuki fasa baharu pengembangan dengan  merentasi pelbagai bidang serta sektor baharu seperti pasaran modal, pengurusan kekayaan, teknologi kewangan, kewangan digital, pelaburan lestari, pejabat keluarga serta keseluruhan ekosistem ekonomi halal.

“Pengembangan berkenaan turut menjadikan peranan penasihat syariah semakin kompleks. Peranan penasihat syariah kini bukan lagi sekadar memastikan pematuhan tetapi juga merangkumi aspek tadbir urus, keseragaman, pengurusan risiko, amalan beretika serta penerapan prinsip syariah dalam pelaksanaan secara praktikal,” menurut kenyataan itu.

SALIHIN memaklumkan Malaysia telah memainkan peranan penting dalam menerajui pengembangan kewangan Islam sejak beberapa dekad, dengan kemajuan sektor berkenaan disokong oleh ekosistem yang menyeluruh meliputi perbankan Islam, takaful, pasaran modal Islam, institusi tadbir urus syariah, kerangka kawal selia, badan profesional serta institusi akademik.

“Berdasarkan perkembangan ini, SALIHIN melihat peluang besar bagi kepakaran syariah Malaysia untuk memainkan peranan lebih penting dalam industri kewangan Islam di peringkat global,” menurut kenyataan itu.

Keupayaan khidmat nasihat syariah SALIHIN turut menyokong pelbagai urusan di pasaran seperti Kenya, Nigeria dan Algeria, meliputi bidang antaranya penerbitan dan penstrukturan sukuk, tadbir urus dan penyeliaan, pengurusan kekayaan Islam, ekuiti persendirian Islam, takaful dan takaful semula, perakaunan, penyelidikan, pengurusan risiko, audit dan jaminan, teknologi kewangan serta penyelesaian digital, selain pengurusan zakat dan wakaf.

 
Back
Top
Log in Register