BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UKM Rangkul Anugerah Pengurusan Harta Intelek Terbaik AHIN 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f983d0e111b2e59f7624fe9a373e5a4369f3199463208

3623a1bee5476c4995ad657e2c47087f69f319b5d9b8e

Kredit Foto: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN) yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pencapaian itu meletakkan UKM sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang tersenarai sebagai finalis bagi kategori tersebut, sekali gus dianugerahkan pingat perak, di samping Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang merangkul pingat emas dan syarikat animasi Monsta Sdn Bhd yang memperoleh pingat gangsa.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI-UKM) Prof Dr Sawal Hamid Md Ali berkata pengiktirafan itu membuktikan keupayaan universiti mengurus ekosistem inovasi secara sistematik sehingga mampu menembusi pasaran industri.

“Penilaian bagi anugerah ini merangkumi keseluruhan ekosistem pengurusan inovasi, bermula daripada proses pendaftaran harta intelek sehinggalah kepada usaha peningkatan nilai dan penskalaan ke arah pengkomersialan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara aspek yang dinilai ialah keupayaan institusi mengurus pendaftaran harta intelek secara sistematik, memperkasakan hasil penyelidikan melalui program pembangunan kapasiti serta memastikan inovasi yang dihasilkan dapat diterjemahkan kepada produk atau teknologi yang berpotensi untuk dipasarkan.

Sementara itu, Pakar Ortopedik UKM Prof Dr Mohd Yazid Bajuri turut mengharumkan nama universiti apabila meraih pingat gangsa bagi Anugerah Wira Inovatif (Paten) menerusi produk MyB Prosthetic Limb.

Beliau berkata MyB Prosthetic Limb merupakan inovasi dalam bidang prostetik dan ortotik yang direka khusus untuk individu dengan amputasi bawah lutut melalui syarikat pemula, MyB Innovation Sdn Bhd.

“Prostetik ini dilengkapi fungsi pergerakan pada sendi buku lali bagi membolehkan pergerakan lebih fleksibel dan semula jadi. Dengan adanya fungsi ini, pengguna lebih mudah melakukan pergerakan di lantai seperti solat, yoga dan aktiviti harian lain,” katanya.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

 
Back
Top
Log in Register