BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengubahsuaian Bangunan Lama Tanpa Naik Taraf Keselamatan Tingkat Risiko Kebakaran - Bomba

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141

Pengubahsuaian Bangunan Lama Tanpa Naik Taraf Keselamatan Tingkat Risiko Kebakaran - Bomba​

a6a67e2d6ac664b2518d42b9e388f3426a1d506c8f09a


Pengubahsuaian dan pertukaran fungsi bangunan lama tanpa peningkatan aspek keselamatan yang sewajarnya dikenal pasti antara faktor yang boleh meningkatkan risiko kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata keadaan itu sering berlaku apabila bangunan yang asalnya dibina sebagai rumah kedai kemudiannya digunakan sebagai restoran, hotel, pusat hiburan atau premis komersial lain yang menerima kehadiran orang ramai dalam jumlah besar.

“Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman operasi JBPM, risiko kebakaran di bangunan lama bukan semata-mata disebabkan faktor usia bangunan tetapi lebih membimbangkan apabila bangunan tersebut telah melalui pelbagai pengubahsuaian dan pertukaran fungsi tanpa peningkatan aspek keselamatan kebakaran yang sewajarnya," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas mengenai aspek keselamatan bangunan lama susulan kebakaran sebuah premis pusat hiburan di bangunan Odeon di Jalan Penang di sini Sabtu lepas, yang mengorbankan seorang pekerja binaan warga Myanmar.

Mohamad Shoki berkata faktor lain yang turut meningkatkan risiko kebakaran ialah pendawaian elektrik yang telah lama digunakan, ruang bangunan sempit dan kedudukan premis yang rapat menyebabkan api merebak dengan lebih cepat.

Beliau berkata antara kelemahan yang paling kerap ditemukan pihak bomba ketika pemeriksaan ialah laluan keluar kecemasan terhalang, pintu kecemasan tidak berfungsi dengan baik, sistem pengesanan kebakaran tidak mencukupi dan peralatan keselamatan kebakaran tidak diselenggara secara berkala.

“Dalam situasi kebakaran, beberapa saat sahaja boleh menentukan sama ada seseorang itu berjaya menyelamatkan diri atau sebaliknya. Pemilik serta pengusaha premis perlu memastikan sistem elektrik diperiksa secara berkala oleh pihak yang kompeten, selain menyediakan dan menyelenggara peralatan keselamatan kebakaran dengan baik,” katanya.

Pada masa sama, katanya pekerja juga perlu diberikan pendedahan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran seperti penggunaan peralatan keselamatan dan pantas bertindak ketika kecemasan.

Mohamad Shoki berkata tahap kesedaran pemilik dan pengusaha premis di Pulau Pinang terhadap keselamatan kebakaran secara umumnya semakin baik, namun masih boleh dipertingkat terutama dari segi pemasangan sistem pengesanan awal kebakaran, penyelenggaraan peralatan keselamatan, pengurusan laluan kecemasan dan pelaksanaan latihan kebakaran.

 
Back
Top
Log in Register