kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,808
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,808
- Reaction score
- 98
- Points
- 80
Bomba Johor Gempur Sembilan âRumah Sarang Burungâ, Elak Risiko Kebakaran
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor Siti Rohani Nadir (kanan) melihat keadaan rumah penginapan sempena Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Premis Penginapan Padat (Rumah Sarang Burung) di sekitar Larkin hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor hari ini melancarkan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan terhadap sembilan premis di sekitar bandar raya ini yang diubah suai menjadi penginapan padat atau ‘rumah sarang burung’.
Pengarah JBPM Johor Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir berkata operasi itu dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi memastikan premis yang diubah suai tanpa kelulusan mematuhi keperluan keselamatan kebakaran serta tidak mengancam nyawa penghuni.
Beliau berkata ia susulan keputusan Mesyuarat Task Force Rumah Sarang Burung yang menekankan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu terhadap premis berisiko tinggi bagi mengelakkan kejadian kebakaran yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
"Maksud rumah sarang burung ini adalah premis yang diubah suai dan dijadikan bilik-bilik penginapan, yang mana kebiasaannya ubah suai tersebut tidak melalui proses kelulusan pelan yang dibenarkan," katanya pada sidang media selepas operasi di sekitar Larkin hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan di satu lokasi serbuan mendapati struktur asal bangunan tersebut adalah rumah kedai sebelum diubah suai dijadikan bilik-bilik penginapan seluas kira-kira tujuh meter persegi yang kini dihuni orang awam termasuk yang berkeluarga.
"Di tingkat atas dijadikan bilik-bilik asrama dan bagi satu unit kediaman sahaja terdapat kira-kira 15 bilik disewakan kepada orang awam, sama ada pekerja tempatan di Johor mahupun mereka yang bekerja di Singapura," katanya.
Mengulas mengenai kadar sewa, Siti Rohani berkata berdasarkan sesi soal jawab bersama penghuni, bayaran dikenakan bagi setiap bilik ditetapkan mengikut saiz serta keluasan ruang yang disediakan.
"Kadar sewa bagi bilik kecil bermula daripada RM350, manakala ada mencecah RM450 hingga RM500 mengikut keluasan bilik, di mana unit untuk keluarga lazimnya sekitar RM500 dan penyewa bujang antara RM350 hingga RM400," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan terperinci itu turut merangkumi aspek laluan keluar kecemasan, sistem perlindungan kebakaran dan kepadatan penghuni, dengan setiap kesalahan berkaitan bahaya kebakaran akan dikenakan notis berasingan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988.