BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Hilang Ketika Cari Sarang Burung Ditemukan Selamat - Bomba

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

Warga Emas Hilang Ketika Cari Sarang Burung Ditemukan Selamat - Bomba​

bc95e363d177fd6af1618010d4c1a4bc6a1ff0e5db7cb

Kredit: JBPM Sabah

Seorang warga emas Ismail Ibrahim, 61, yang dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung di Gua Tepadung minggu lepas, ditemukan selamat oleh pekerja ladang di kawasan berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pengurus ladang berkenaan telah menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan penemuan lelaki itu.

"Pasukan bomba telah ke lokasi mangsa ditemukan bagi mengesahkan perkara itu dan warga emas itu berada dalam keadaan selamat namun lemah," katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini mangsa dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung bersama dua rakannya di Gua Tepadung pada 26 Mei dan usaha mencari lelaki itu dilakukan secara sendiri namun berdepan jalan buntu.

Polis kemudian menerima laporan pada Ahad lepas sebelum operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan termasuk melibatkan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register