BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siput Gayam, Makanan Laut Unik Di Pulau Tuba

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Siput Gayam, Makanan Laut Unik Di Pulau Tuba​

788f9182fa013d9950907c9850eda7df6a79361ec4637


Selain bronok yang sudah popular, Pulau Tuba juga mempunyai satu lagi khazanah makanan laut yang unik dan masih belum diketahui ramai, iaitu siput gayam.

Siput yang hidup di kawasan pesisir pantai itu mempunyai rasa yang manis dan lazat dengan saiz isinya jauh lebih besar berbanding lala atau lebih dikenali sebagai siput retak seribu di utara tanah air.

Bagaimanapun, hidangan unik itu bukan mudah diperoleh kerana ia memerlukan kemahiran menyelam tanpa peralatan skuba lengkap serta keberanian berdepan arus laut yang deras.

Pencari siput gayam, Rahman Ahmad, 49, yang juga penduduk tempatan di Pulau Tuba berkata tidak ramai yang mampu melakukan pekerjaan itu dan hanya tujuh atau lapan orang yang mempunyai kepakaran menyelam untuk mencari haiwan laut itu.

“Aktiviti mencari siput ini kebiasaannya dilakukan lima hari seminggu mengikut jadual air surut, terutamanya ketika waktu ‘air mati’, iaitu arus laut tidak deras. Nelayan perlu menyelam sedalam dua hingga tiga meter ke dasar laut dan aktiviti tidak dilakukan jika (kedalaman) air mencecah paras empat meter.

“Siput gayam hidup terbenam kira-kira dua inci di dasar laut dan lokasinya dikesan melalui semburan selut yang naik ke permukaan air. Kami guna pengaut untuk menyauk siput. Kayu dan tali diletakkan di permukaan air sebagai tempat berpaut agar tidak dihanyutkan arus deras,” katanya kepada pemberita di sini.

Rahman berkata untuk mengumpul hasil siput gayam yang banyak, nelayan perlu menyelam sehingga ratusan kali bagi mendapatkan kira-kira 100 kilogram (kg) dalam tempoh empat jam.

“Memang penat tetapi saya sudah biasa sejak mula mencari siput ini kira-kira empat tahun lepas bersama isteri dan anak. Cabaran memang ada, antaranya mungkin boleh dihanyutkan arus deras tetapi syukur, sepanjang mencari siput ini tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Rubiha Abd Hamid, 48, memaklumkan bahawa siput gayam adalah hidangan bermusim kerana ia mula membiak dan ‘meriah’ dicari dari Julai atau Ogos hingga Disember, terutamanya ketika air laut surut.

 
Back
Top
Log in Register