BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk bimbang jubin taktil di estet HDB licin, roda mudah tersangkut

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25

Penduduk bimbang jubin taktil di estet HDB licin, roda mudah tersangkut​

chinatown_tactile_tiles.jpg

Jubin taktil yang dilihat di Chinatown. (Gambar: CNA)

SINGAPURA: Sebilangan penduduk melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan jubin taktil atau jubin penunjuk jalan untuk golongan kurang daya penglihatan di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), terutama ketika cuaca hujan.

Mereka berharap semakan serupa dengan yang dijalankan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dapat dilakukan terhadap jubin taktil di estet HDB, yang diselenggara majlis bandaran.

IKLAN

Jubin yang mempunyai permukaan bertimbul dan berjalur itu direka untuk membantu golongan kurang daya penglihatan bergerak dengan lebih selamat di tempat awam.

Namun, beberapa penduduk yang ditemui Mediacorp berkata permukaan jubin itu boleh menjadi licin ketika basah, selain menyukarkan pergerakan pengguna kerusi roda dan mereka yang menggunakan troli.

TERGELINCIR BEBERAPA KALI

Seorang penduduk Sengkang berusia 54 tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Sim, berkata beliau pernah tergelincir beberapa kali pada jubin taktil berhampiran blok rumahnya.

Dalam satu kejadian selepas hujan, beliau terjatuh pada bahagian pinggul dan tulang sulbi serta terhantuk bahagian belakang kepala.

IKLAN

Sekitar 20 minit kemudian, seluruh tubuhnya mula terasa kebas.

Suaminya membawanya ke Hospital Tan Tock Seng. Pemeriksaan X-ray pada pinggul dan bahagian bawah tulang belakangnya mendapati tiada keretakan.

Rasa kebas itu beransur hilang selepas sekitar setengah jam dan beliau pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Selepas kejadian itu, Cik Sim membangkitkan perkara tersebut menerusi Anggota Parlimen GRC Sengkang Louis Chua.

Beliau kemudian dimaklumkan bahawa bahan atitergelincir sudah dilakukan pada jubin berkenaan.

IKLAN

Namun, Cik Sim mempersoalkan berapa lama ia boleh kekal berkesan dan sama ada ia digunakan semula secara berkala.

Mediacorp sudah menghubungi Majlis Bandaran Sengkang untuk mendapatkan komen.

CABARAN BAGI MEREKA YANG HADAPI MASALAH PERGERAKAN

Penduduk lain yang ditemui Mediacorp di Chinatown dan Bedok turut menyuarakan kebimbangan mengenai penggunaan jubin taktil, khususnya ketika cuaca hujan.

Penduduk Chinatown, Cik Loh Siew Zhu, 69 tahun, berkata permukaan timbul pada jubin itu kadangkala menyebabkan roda troli beli-belahnya tersangkut.

IKLAN

Beliau berkata keadaan itu membuatnya bimbang troli tersebut mungkin terbalik dan menyebabkannya cedera.

Seorang lagi penduduk Chinatown, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Ng, berkata beliau pernah melihat pengguna kerusi roda warga emas menghadapi kesukaran melalui jubin tersebut.

Di Bedok pula, beberapa penduduk berkata mereka biasanya mengelakkan jubin taktil kerana permukaannya yang tidak rata.

JUBIN TAKTIL SATU KEPERLUAN: HDB

Menjawab pertanyaan Mediacorp, HDB menyatakan jubin taktil diwajibkan di bawah kod Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) mengenai kemudahan akses dalam persekitaran binaan.

Kod itu menetapkan piawaian reka bentuk bagi memastikan bangunan boleh diakses dan selamat untuk individu dengan keperluan dan keupayaan berbeza.

Menurut HDB, jubin tersebut membantu golongan kurang daya penglihatan bergerak dengan selamat dan berdikari di kawasan umum.

Di estet HDB, jubin taktil biasanya dipasang di tempat turun naik penumpang, lintasan pejalan kaki merentasi laluan kenderaan serta di bahagian atas dan bawah tangga.

Kod BCA juga menetapkan jubin berkenaan perlu tahan gelincir supaya selamat digunakan walaupun dalam keadaan basah.

HDB menambah bahawa kawasan umum di estet perumahan diselenggara majlis bandaran masing-masing dan kejadian penduduk tergelincir atau terjatuh di kawasan tersebut dilaporkan kepada majlis bandaran berkenaan.

HDB menyatakan ia maklum mengenai usaha LTA yang sedang menggantikan jubin taktil di laluan awam.

“Kami akan terus mengkaji dan menerapkan amalan terbaik serta penambahbaikan yang sesuai bagi pembangunan HDB, selaras dengan peraturan dan piawaian industri semasa, untuk menyediakan persekitaran kehidupan yang selamat dan inklusif bagi semua penduduk,” menurut HDB.

Mediacorp sudah menghubungi BCA dan semua majlis bandaran untuk bertanya sama ada mereka merancang menyemak atau menggantikan jubin taktil di bawah seliaan masing-masing.

Bulan lalu, LTA mengumumkan bahawa ia akan menggantikan secara berperingkat jubin taktil di semua lintasan pejalan kaki berlampu isyarat dalam tempoh empat tahun dengan jubin baharu yang lebih tahan gelincir.

Langkah itu diumumkan selepas Cik Venecia Ng, 40 tahun, tergelincir pada jubin taktil yang basah di lintasan pejalan kaki di Thomson Road pada Jun lalu dan mengalami keretakan pada buku lali. Beliau kemudian meninggal dunia selepas menjalani pembedahan bagi kecederaan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register