BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ratusan Ikan Mati Di Sungai Ketil, Penduduk Bimbang Pencemaran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141
f14c4e732b2d7705497a914e817bafe169e21e79d8878

Anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil sampel air Sungai Ketil dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi. Gambar Fail

Ratusan ikan ditemukan mati di Sungai Ketil, Taman Rimba di sini hari ini sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai pencemaran di sungai berkenaan.

Kejadian berkenaan disedari seorang penduduk sekitar 7.45 pagi tadi ketika turun ke tebing sungai untuk memancing.

Muhammad Che Mahmood, 29, berkata pada masa sama terdapat beberapa spesies ikan seperti baung, sebarau, tengas dan kenerak dilihat timbul di permukaan dipercayai akibat kekurangan oksigen.

“Keadaan ini cukup menyedihkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Muhammad Afif Sukhairi, 28, berkata kejadian itu amat mengecewakan kerana Sungai Ketil merupakan lokasi tumpuan untuk beriadah, namun hari ini suasana bertukar sepi berikutan keadaan air yang keruh serta kehadiran bangkai ikan.

“Saya bimbang pencemaran ini boleh menjejaskan kesihatan pengunjung,” katanya.

Ketua Jajahan Gua Musang Mohd Roshdi Ismail berkata pihaknya mengambil maklum kejadian berkenaan yang telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Perikanan negeri untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register