BTC USD 80,625.4 Gold USD 4,356.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemikiran Barat Dalam Kehidupan

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
29,959
Joined
May 29, 2008
Messages
29,959
Reaction score
12,420
Points
631
Pemikiran Barat Dalam Kehidupan

Aku nak kongsi satu video berkaitan dengan cara kita berfikir ( termasuk aku sendiri ) berkaitan dengan cara cepat jadi kaya..

Tetapi dalam video ini mendedahkan pemikiran itu salah.. dan kita sebenarnya cuba untuk merosakkan masa depan kita sendiri dan generasi akan datang..

perkongsian ini sekadar membawa kita renung semula apa yang kita nak capai dalam kehidupan.. tak kisah nak jadi kaya atau nak hidup selesa.. yang penting kita faham apa yang perlu dicapai.

video dari youtube ini merupakan animasi dakwah oleh Ustaz Nouman Ali khan dalam bahasa inggeris.

antara kandungan video ringkas ..

1) Contoh mentaliti donald thrump
2) beli harta dengan hutang / buat duit dengan hutang
3) tidak menghiraukan masa depan generasi akan datang
4) pemikiran kapitalis
5) kaitan dengan riba
6) pemikiran muslim

Selamat menonton



aku x kisah kalau kita dah terikat dan x mampu nak keluar dari sistem kapitalis..

harapan aku cuma kita ada niat+azam nak tanam pokok sikit untuk masa depan. Terpulang pada kemampuan dan keadaan masing-masing.

definasi tanam pokok nih agak umum.. perkara2/perbuatan yang membawa manafaat pada orang ramai.. aku x fokus pada mengeluarkan zakat atau sedekah.. itu perkara yang kita dah buat..

lebih kepada Community Service, kongsi ilmu, give something back. etc repair jalan berlubang.

Jika kita merupakan orang yang mengambil hasil dengan manipulasi sistem atau secara kebetulan mendapat peluang.. Pastikan kita turut berkongsi bersama hasil tersebut dengan orang yang kurang mampu.

tiada lagi konsep other people money, duduk diam buat duit, dll. Pemikiran sebegini merosakkan generasi masa depan.

soalan2 yang mungkin timbul.

1) aku usaha penat siang malam, kenapa nak kena kongsi hasil nih . Sedangkan orang lain malas ?

- tiada paksaan dalam perkara ini.. aku sekadar berkongsi untuk orang muda, pelapis2 generasi malaysia akan dtng. Jika pelapis skrng tak nak buat perubahan.. kita dah boleh lihat apa yang bakal berlaku 20-30 tahun akan dtng.

2) kalau aku seorang sahaja buat benda nih ada impak tak ?
- ya, walaupun kecil tetap ada impak.. mungkin tak nampak.

4) aku malas nak buat kerja2 komuniti nih.. duit pun takda.. ilmu pun tak banyak ?
- tak semestinya kerja komuniti.. sebarang perkara yang memberi impak pada masa hadapan sudah memadai.. sebagai contoh kongsi video ini dengan rakan anda.. supaya lebih ramai lagi yang faham konsep kehidupan orang islam sebenar.


Tambah Info 1 - 1/05/2016
Dalam thread yang aku ketengahkan ini..

fokus utama adalah "pemikiran barat yang negatif dalam membina kehidupan"..

salah satu cth pemikiran barat
1) kapitalis - pentingkan diri sendiri dalam mengumpul kekayaan sehingga melupakan kebajikan

Soalan - 03/09/2016
1) Pertanyaan tentang Pemikiran Barat

TT gagal definisikan pemikiran barat, riba dll tu bukan pemikiran barat, tu pemikiran semulajadi manusia yg tamak tak kiralahb dia barat ke timur ke..

1.gagal definasikan pemikiran barat
-setuju
2.riba bukan pemikiran barat
-setuju

Thread ini sekadar membuat perbandingan ringkas pemikiran dibuat oleh kebanyakkan orang islam sekarang dalam menentukan masa depan kehidupan masing2..

Thread ini tidak jelas tentang pemikiran barat secara total.. tetapi meletakkan barat sebagai satu contoh sesuai zaman sekarang dalam membuat perbandingan..

Riba dari zaman jahiliah lagi dah ada.. dan kita telah pun diberi peringatan tentang kesan buruk riba..

______________________________________________

kalau boleh thread nih x di letakkan di bahagian agama.. sebab aku nak dapat input warga cg secara santai.. pendapat, pandangan, self awareness, cadangan, penambahbaikkan

Terima Kasih sebab sudi baca..
 
Last edited:
kalau fikir generasi masa depan,takdelah pergi undi orang politik takleh pakai + bermasalah.tetapi kita buat jugak.sebab pemikiran kita unik bukan sebab ikut barat.:))
 
tak dop butang tengs lak.... good sharing tt
 
nice sharing tt.. mmg manfaat untk kita :)
 
kalau fikir generasi masa depan,takdelah pergi undi orang politik takleh pakai + bermasalah.tetapi kita buat jugak.sebab pemikiran kita unik bukan sebab ikut barat.:))

orang2 yang undi ahli2 politik takleh pakai nih..
ada 2 golongan..
1) kroni - dapat habuan..
2) orang kampung - dapat habuan/bantuan.. terhutang budi

maaf tuan..
tiada kaitan dengan pemikiran unik..

golongan2 pemikiran barat ini terdiri daripada golongan berilmu..
belajar teknik2 manipulasi,ambil peluang,alert..
tetap ada susah senang dalam mencapai usaha tersebut..
buat duit adalah hidup dan mati diorang..
"ambil peduli" xda dlm list target kehidupan..

x dinafikan.. aku pun dlm katergori ini..
 
Back
Top
Log in Register