BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Hasan Tiba Di Jeddah Untuk Sesi Tergempar OIC Mengenai Gaza

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
3fa3dcc1814ef57b08ec4453036c9b4c67c9ca5725f15

Kredit: Wisma Putra

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di sini pada Khamis untuk menghadiri Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)  di sini esok.

Menteri tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada pukul 6.05 petang waktu tempatan (11.05 malam waktu Malaysia).

Sebaik tiba, Mohamad disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, Wisma Putra memaklumkan sesi tersebut akan membincangkan perkembangan gencatan senjata di Gaza dan kebimbangan berhubung cadangan pengilhakan Gaza yang akan mengakibatkan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air mereka.

Menurut kenyataan itu, Malaysia akan menegaskan pendirian tegas negara dalam menolak sebarang usaha pengilhakan Gaza atau pemindahan paksa rakyat Palestin ke Mesir dan Jordan.

“Mohamad juga akan menzahirkan komitmen penuh Malaysia dalam membantu usaha pembinaan semula dan pemulihan Gaza, termasuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan inisiatif serantau,” menurut kenyataan itu.

“Penyertaan Menteri Luar dalam mesyuarat ini menekankan komitmen teguh Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” katanya.

 
bagus tok mat nie...alhamdulillah dpt dia umrah sekali bulan ramadhan nie...
 
Back
Top
Log in Register