BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Tiba Di Manila Bagi Menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mohamad Tiba Di Manila Bagi Menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN​

2f096aeeeee7bc2469b3e67726c10dcc68e628bbbcb92

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di sini hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-59 dan Pasca Persidangan Menteri-Menteri serta Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan.

Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino pada 4.15 petang waktu tempatan dan disambut Penolong Setiausaha dan Ketua Protokol Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Ariel Rodelas Penaranda.

Hadir sama Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra memaklumkan Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu sehingga Khamis yang dijangka akan memberi tumpuan kepada kesan krisis di Asia Barat.

Wisma Putra memaklumkan beliau akan menyertai mesyuarat konsultasi tidak rasmi mengenai pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) berkaitan Myanmar, dengan jangkaan Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN akan membincangkan tindakan susulan terhadap syor daripada semakan dan keputusan pemimpin ASEAN lepas berhubung konflik serta situasi kemanusiaan di negara itu.

Mohamad juga dijadualkan menghadiri Perbincangan Suamuka antara Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN dengan wakil Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) dan Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).

Penglibatan lain termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN Campur Tiga ke-27, Forum Serantau ASEAN ke-33 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-16.

Selain itu, Mohamad dijadualkan menghadiri Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin kelima.

 
Back
Top
Log in Register