kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Malaysia Perkukuh Kedudukan Dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar BRICS - Mohamad Hasan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) mengadakan sidang media selepas menghadiri jamuan makan malam bersama kakitangan dan keluarga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia semalam, sekali gus mengakhiri lawatan kerja beliau sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS.
Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS berjaya mengukuhkan kedudukan negara dalam organisasi antara kerajaan itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata ini sekali gus memperluas peranan Malaysia dalam memperjuangkan kerjasama pelbagai hala serta kepentingan negara-negara membangun di pentas global.
Mohamad berkata antara perkara utama yang dibincangkan ialah kepentingan mengekalkan asas multilateralisme dalam hubungan antarabangsa ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik yang semakin mencabar.
“Pada tahun ini, temanya banyak menekankan betapa pentingnya asas multilateralisme itu, ataupun hubungan pelbagai hala itu perlu dikekalkan.
“Ini selaras dengan dasar luar Malaysia, kita mahu supaya multilateralisme itu menjadi asas kepada hubungan antara negara-negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama petugas dan keluarga Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini semalam.
Beliau berkata Malaysia turut berpandangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu terus diperkasakan sebagai institusi utama dalam mengurus hubungan antarabangsa serta menangani cabaran global.
“Malaysia mahu melihat supaya asas multilateralisme ini dikekalkan dan diperkasakan lagi dan kita sentiasa menyokong sebarang apa jua langkah untuk kita melihat institusi seperti PBB ini memainkan peranan yang lebih penting dalam keadaan dunia geopolitik yang tidak menentu sekarang,” katanya.
Pada mesyuarat itu turut menyaksikan perbincangan tidak rasmi mengenai krisis di Asia Barat termasuk ketegangan di Selat Hormuz yang memberikan kesan kepada ekonomi global dan rantau ASEAN.
Malaysia Perkukuh Kedudukan Dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar BRICS - Mohamad Hasan
BRICS, rumusan, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar, ke