BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Hasan Hadir Mesyuarat Menteri Luar BRICS Di Brazil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8294e536c155f4c6bcbaee45d8821e1f67eff5cf67a74

Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan kerja ke Rio de Janeiro, Brazil dari 28 hingga 29 April bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Luar BRICS.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Ahad, mesyuarat itu merupakan perhimpunan pertama Menteri Luar Negara Anggota dan Negara Rakan BRICS bagi tahun ini.

Ia juga berfungsi sebagai antara acara utama sebelum Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Julai di bawah kepengerusian Brazil.

Di bawah kepimpinan Brazil, BRICS memberi tumpuan kepada enam bidang keutamaan iaitu kesihatan global; perdagangan, pelaburan dan kewangan; perubahan iklim; kecerdasan buatan; pembaharuan sistem pelbagai hala keamanan dan keselamatan; dan pembangunan institusi BRICS.

“Bidang keutamaan ini sejajar dengan kepentingan nasional dan komitmen Malaysia terhadap pembangunan yang inklusif dan mampan.

“Secara khususnya, penekanan terhadap perdagangan dan pelaburan adalah amat bertepatan pada masanya, memandangkan ketidaktentuan dalam landskap ekonomi global yang semakin meningkat susulan pengenaan tarif secara unilateral oleh Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu.

Semasa mesyuarat berkenaan, Mohamad dijadual menyampaikan pernyataan negara Malaysia pada sesi khas bertemakan “Peranan Selatan Global dalam Memperkukuh Multilateralisme”.

Pernyataan itu mencerminkan komitmen teguh Malaysia untuk memperkukuh multilateralisme serta memperjuangkan suara dan kepentingan negara membangun, selaras dengan objektif utama BRICS 2025.

Malaysia juga dijangka berkongsi pandangan strategiknya mengenai cabaran global utama.

 
Back
Top
Log in Register