BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Tiba Di Manila Untuk Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,775
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,775
Reaction score
289
Points
146

Mohamad Tiba Di Manila Untuk Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina​

413b26374d1b07dff65a04d14dade0ad6a8330cf920cd

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan pegawai Kementerian Luar sebaik tiba bagi menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina (JCM) ke-9 pada 18 Ogos 2026 di Manila, Filipina.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di sini malam ini untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia-Filipina ke-9, esok.

Mohamad tiba kira-kira 9.40 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino menjelang Mesyuarat Peringkat Menteri yang dijadualkan berlangsung di Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) esok pagi.

Sejurus tiba, beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Abdul Malik Melvin Castelino, manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Wisma Putra Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin dan pegawai lain menyambutnya di hotel.

Mohamad akan mempengerusikan mesyuarat itu bersama-sama Setiausaha Luar Filipina Ma. Theresa P. Lazaro, yang akan diakhiri dengan pemeteraian minit yang dipersetujui.

JCM selama dua hari itu merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Filipina, dengan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) bermula hari ini.

Antara isu utama dalam agenda ialah memperkukuh perdagangan dua hala, memacu pelaburan rentas sempadan dan meningkatkan daya tahan ekonomi serantau.

Kedua-dua menteri itu juga dijangka meneroka peluang untuk memperluas kerjasama dalam ekosistem halal dan kewangan Islam, tenaga, pertanian dan keterjaminan makanan, kerjasama pertahanan dan keselamatan, serta pengurusan bencana dan tindak balas kecemasan.

 
Back
Top
Log in Register