BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Hasan Tiba Di Jeddah Untuk Mesyuarat Tergempar Menteri Luar OIC

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Mohamad Hasan Tiba Di Jeddah Untuk Mesyuarat Tergempar Menteri Luar OIC​

f111f15befed1827681ba9f850cdf76b678cc6ce1ff41


Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Jeddah, Arab Saudi, hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan berlangsung esok.

Ketibaan Mohamad di King Abdulaziz International Airport, Jeddah, pada kira-kira 5.45 petang disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman.

Beliau kemudian dibawa bertemu warga kedutaan serta pegawai Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat sehari itu, yang antara lain akan membincangkan perkembangan terbaharu berkaitan Palestin, termasuk di Gaza, situasi di Tebing Barat serta peluasan penempatan haram Israel.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman sebelum ini berkata mesyuarat itu penting bagi menyatakan pendirian tegas Malaysia terhadap tindakan dan pencerobohan Israel terhadap wilayah Palestin.

Beliau berkata Mohamad dijangka menyampaikan Kenyataan Negara bagi menegaskan kembali sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan sah rakyat Palestin, serta hak mereka untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967.

Mohamad juga dijangka mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari beberapa negara bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala, termasuk meneroka peluang baharu dalam bidang perniagaan, perdagangan dan pelaburan.

 
Back
Top
Log in Register