BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perdana Menteri Hadir Makan Malam Sempena Mesyuarat MTPMA63

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Perdana Menteri Hadir Makan Malam Sempena Mesyuarat MTPMA63​

dce5d4fc965d8cc54376735c287596586aa2b06479669

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkatakan sesuatu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat MA63 di Magellan Sutera Harbour. Anwar tiba di Sabah untuk lawatan kerja selama dua hari. Beliau dijangka akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC). - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) di sini malam ini.

Ketibaan beliau pada 7.50 malam disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama menteri-menteri Persekutuan dan negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta agensi berkaitan kerajaan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional negeri Sabah sebelum jamuan makan malam disajikan.

Turut menghiburkan tetamu pada majlis berkenaan ialah penyanyi tempatan Azharina Azhar, Sumarli Loli dan Ryenald Guntabid.

Terdahulu, Anwar tiba di Sabah pada 6.45 petang sempena lawatan kerja dua hari dengan beberapa program rasmi dijadualkan termasuk mempengerusikan Mesyuarat MTPMA63 Tahun 2026 esok.

Beliau dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas sebelum meneruskan lawatan ke pusat pemindahan sementara mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serbaguna Damai pada tengah hari.

 
Back
Top
Log in Register