BTC USD 77,978.6 Gold USD 4,368.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Pengerusikan Mesyuarat MTPMA63 Pagi Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,795
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,795
Reaction score
289
Points
146

Anwar Pengerusikan Mesyuarat MTPMA63 Pagi Ini​

cc5a6bdebbe984bd21a74b17a0641c5369e74b6f7e3b2

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi ini.

Mesyuarat yang dijadual bermula 8.30 pagi itu merupakan agenda utama dalam siri lawatan Perdana Menteri ke negeri ini, dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau kemudian dijadual menunaikan solat Jumaat bersama komuniti setempat di Masjid Jamek Kampung Likas pada 12 tengah hari.

Anwar juga akan melawat Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serba Guna Damai di sini pada 1.50 tengah hari.

Sesi berkenaan bagi meninjau secara dekat keadaan serta kebajikan penduduk yang terjejas akibat insiden kebakaran di kampung berkenaan.

Pada 30 Ogos lepas, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air, dengan tiga mangsa ditemukan rentung.

 
Back
Top
Log in Register