BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan Asean Ke-17 Mulai 7 Sept

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,126
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,126
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan Asean Ke-17 Mulai 7 Sept​

278603d7c143c7cce19653604138ae426a96e4ce6e3e5


Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 dan mesyuarat berkaitan (AHMM) yang dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 11 Sept ini.

Kementerian Kesihatan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan mesyuarat itu bertemakan Healthy ASEAN: Together Towards Equitable, Future-Ready Health Systems.

“Mari kita bersama-sama menyokong usaha ke arah sistem kesihatan ASEAN yang lebih saksama, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan,” menurut hantaran itu.

Kali terakhir Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan berprestij itu ialah dua dekad lepas, iaitu AHMM ke-7 di Pulau Pinang pada 2004.

Persidangan ini ialah platform strategik yang amat penting dalam usaha memperkukuh kerjasama kesihatan awam dan mendepani cabaran kesihatan serantau secara holistik.

 
Back
Top
Log in Register