BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan Gaza: Akaun Amanah Diurus Secara Telus - Mohamad

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Bantuan Gaza: Akaun Amanah Diurus Secara Telus - Mohamad​

7eab9a887e6accbffa35a87fa2197fed6a3a1921deb6d

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Kementerian Luar memberi jaminan bahawa Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) diurus secara telus dan tertakluk kepada mekanisme pemantauan yang ketat, termasuk diaudit oleh Ketua Audit Negara serta dibentangkan secara berkala kepada Jemaah Menteri.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata apa-apa dakwaan berhubung pengurusan dana berkenaan adalah tidak tepat kerana AAKRP merupakan akaun amanah rasmi kerajaan dan bukannya akaun yang diuruskan secara bebas oleh mana-mana pertubuhan.

Beliau berkata Kementerian Luar turut memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada sasaran.

“Sebab itu kita bagi terus menerusi saluran seperti Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Jordan Hashemite Charity Organization (JHCO), Bulan Sabit Merah Palestin dan Hospital King,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai penyaluran dana bantuan kepada rakyat Palestin.

Mohamad berkata Malaysia juga menghantar bantuan makanan, bekalan perubatan dan peralatan kesihatan kepada Gaza, dengan sebahagian penghantaran yang sebelum ini tertangguh kini dapat disalurkan susulan pembukaan semula laluan darat untuk bantuan kemanusiaan menerusi kerjasama Kerajaan Mesir.

Beliau berkata keadaan kemanusiaan di Gaza masih amat membimbangkan dengan kemudahan asas termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat mengalami kemusnahan teruk akibat konflik yang berterusan.

Sehubungan itu, Mohamad meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan maklumat tidak tepat yang disebarkan di media sosial berhubung pengurusan AAKRP, sebaliknya yakin bahawa dana tersebut diurus secara profesional dan bertanggungjawab demi membantu rakyat Palestin.

 
Back
Top
Log in Register